Hari ini mari menghentam surat khabar..Ahaha.Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah perihal surat khabar Malaysia yang semakin membosankan aku.Masa minum pagi dengan rakan-rakan se-ofis aku,kitorang membaca akhbar Harian Metro.Muka depan berkisarkan Seorang Pakcik Membuat Video Lucah. Cukup menarik minat pembaca-pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang berita yang cuba disampakan itu.Tapi,bila kawan aku berkata “ISK,ape da tajuk macam nie..Tulis besar2 untuk menarik perhatian orang ramai.Tak pikir ker mak bapak nak beli akhbar ni terpaksa memikir berkali-kali sebab frontpage dia je.” Aku pelik gak ape kes mamat nie. Beliau berkata demikian kerana beliau mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah.Kalau anak-anak yang belum reti membaca, xper la.Tapi,untuk anak-anak yang sudah reti membaca, timbul sedikit kegusaran.Yerla, anak-anak zaman sekarang nie dah moden.Mempunyai Henset sendiri.Ada kad memori lagi.Takut bila membaca laporan akhbar itu,mereka akan cuba mencari di internet cerita tersebut.
Sejak dua menjak ni,aku rasa bosan membaca akhbar.Banyak cerita tentang hal-hal yang pada aku mengarut.Hanya untuk melariskan akhbar sahaja.Aku paham, ini cara mereka untuk melariskan akhbar mereka.Tapi,janganlah papar hal-hal ini dekat muka depan.Untuk meletak cerita korang kat muka depan,harga yang perlu dibayar amat mahal.Jadi,dengan membuat cerita-cerita yang pada aku sia-sia,cukup rugi rasanya.Bila selak lagi helaian,cerita orang rogol orang..Kes khalwat.Kalau dalam kolum artis lagi la meluat.Cam ci sahaja..
Owh…ini hati aku yang berkata.jari aku yang menaip.Aku tidak membuat sebarang fitnah terhadap kau Metro.Aku cuma cuba memberi pandangan yang membina.Jangan kau tuduh aku cuba membuat fitnah dan membawa kes ini ke mahkamah.Aku pembeli produk kau setiap hari (opis aku yang langgan bersama-sama akhbar lain jugak).Jadi anggaplah ini sebagai costumer complaint.Hahahaha…
KaU,KAU,KAU TAK BOSAN KE DENGAN SITUASI INI?
/ps:vclip yang dibuat oleh pakcik itu bertajuk budak jolai.Sesape ade?



14 Comments
cerita artis cerita sama jek.. tak kira la kat surat khabar atau majalah.
bosan
[Reply]
ahha..itu la cik ika..sama jer..kekadang wartawan ni malas.satu citer kongsi dengan rakan2 lain.so,balik2 citer sama
[Reply]
[Reply]
hahaha…boleh laris kan surat khabar..aku rasa media cetak nih tiru skill blogger la..blogger gunakan meta tag…tp akhbar guna title header mereka
[Reply]
ha’ah gak..wartawan pon skang dah ade blog sendiri…
[Reply]
aku pon dah tak suka baca surat khabar..
macam dah dibeli..
tak syok bila berpihak pada satu jer..
pasal panas2 tu biasa la..
laris beb.. untung dia tu.. hehe..
nak bez baca la sinar harian..
[Reply]
secara tak langsung depa nie promote video budak jolai
[Reply]
ha..itu la pasal uncle…hits aku utk semalam adalah budak jolai..banyak refferal link adalah budak jolai..itulah kehendak rakyat malaysia
[Reply]
paper makin membosankan kan
[Reply]
sbb tu saffa x pernah puas ngan satu surat khabar jer..
senang2.. baca surat khabar kat intenet jer..
[Reply]
hurm.dah tawu dah ape yg nak kuar dlm paper nnt.baik takyah beli ann? sep kos~
[Reply]
Knizam:itu la..skang nie hanya 55% sahaja pada aku yang betul mendatangkan maklumat utk otak aku.
Saffa: baca banyak2 akhbar pun,cerita mereka tetap sama.Ah.duplikasi
Haniey: baca tetap kena baca gak..tapi itu la..bosannnn…
[Reply]
Rasanya, semua orang suka harian metro. Murah apa..
[Reply]
Biasalah. Tu dah asam garam diorang. Memang keje diorang melariskan jualan. Kang tak laku, sape nak bayar gaji..
Kita cakap berbuih pun, bukan depa dengar pun. Lagi galak diorang wat adala..
[Reply]