Berapa ramai dari kita yang sedar,kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam membuat blog.Rupa-rupanya aku pun banyak melakukan kesilapan dalam berblog.Tapi,harapnya sedikit demi sedikit,akan aku cuba perbaiki kesilapan ini dari masa ke semasa.Ah,manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.Kesilapan dan kegagalan sebenarnya satu langkah untuk berjaya.Manusia yang gagal bukanlah manusia yang sering melakukan kesilapan.Manusia yang gagal pada aku adalah manusia yang gagal belajar dari kesilapan.
Owh.Dalam cuba menstruktur kembali apa yang aku perlu dalam aktiviti blog ini,ada beberapa kesimpulan yang aku cuba himpunkan.Moga dapat dijadikan panduan untuk aku serta kau yang membaca.Ini adalah kesimpulan,maka ianya adalah ringkas sahaja.Ia mungkin senarai yang panjang dan kau pula mula bosan untuk membaca.
- Maklumat Empunya Blog : Sebenarnya ia amat penting untuk sesuatu blog. Pelawat akan cuba mengenali diri kau sedikit sebanyak.Anggaplah ia sebagai satu cara pengenalan diri kau. Letaklah gambar terbaik yang kau rasa boleh menarik minat pelawat.
- Headline (Tajuk Post kau ) : Tajuk post juga memainkan peranan penting. Untuk kejayaan dalam “google indexing” dan untuk menarik pelawat membaca keseluruhan cerita. Tajuk yang baik membuatkan pelawat memahami apa yang kau cuba sampaikan.
- Ketidaktentuan dalam Menulis Blog : Bahasa yang senang adalah -> update blog.Itu juga antara kesilapan yang sering berlaku.Aku cuba elakkan,tapi itulah yang terjadi.Pelawat mungkin suka melawat blog kau,tetapi akibat kelewatan kau membuat entri terbaru menyebabkan apabila mereka masuk blog engkau,butang pangkah akan ditekan serta merta bila tiada post baru dibuat.
- Hala tuju Penulisan : Kau mencampur adukkan pelbagai topic dalam satu blog.Aha..ini yang aku buat sekarang.Jika kau ingin berbicara tentang perniagaan,tumpukan sahaja dalam penulisan berkaitan perniagaan.Jika isu semasa,buatlah tentang isu semasa. - Tapi,yang ini aku tak tau la..mampukah aku betulkan kesilapan??
- Pelbagai widget,add-ons : Tahukah kau, antara kriteria blog yang baik? Blog yang baik adalah blog yang simple tetapi padat dengan penyampaian.Menambah fungsi-fungsi ( yang tidak berguna sangat pada pelawat ) adalah kesilapan yang perlu dielakkan.Kau meletakkan auto-popups,auto-play music,dan pelbagai lagi widget sebenarnya membosankan pelawat.Senang cerita,banyak sangat kau letak widget dan add-on,lagi lembap loading nak masuk blog kau.Ia seperti kau meletakkan banyak aksesori pada kereta kau sehingga membuatkan kereta kau seperti kapal terbang.
- Tidak membuat Trackbacks,Pingbacks,Penghargaan : Ini sebenarnya adalah satu kesilapan yang sering dilakukan.Mungkin kau ingat ia adalah satu langkah dalam menutupi penulisan engkau.Yer,memang kau tulis itu sendiri.Tetapi kadang-kala ideanya datang dari blog lain.So,berilah penghargaan kepada mereka juga.Dan kalau mereka benarkan pingbacks/trackbacks sudah tentu pelawat mereka akan tahu URL blog engkau
- Lambakan Iklan : Memang memjana pendapatan dari iklan merupakan satu perkara yang bagus.Apa yang menyakitkan mata adalah lambakan iklan-iklan itu.Jika entri kau hanya 6 baris tetapi iklan penuh satu halaman,buat orang tertanya.Apa tujuan kau membuat blog?Ah,pikirkan sendiri.Iklan tidak salah.Tapi melambakkan iklan memualkan pelawat.Aturlah iklan betul-betul.
- Enteri yang Sama : Hentikan lah membuat entri yang sama dengan penulis yang lain.Kerana,kadangkala apa yang kau tulis hampir sama dengan mereka. ( owh,aku tahu,entri ini pun hampir sama dengan beberapa penulis.Ini adalah kesilapan aku.Aku haru ingat )
- Tiada RSS - Tidak semua orang akan ada masa melawat blog kau.Jadi,Rss merupakan satu cara dalam memberitahu mereka bahawa kau telah mengemaskini blog kau.Full RSS adalah lebih baik.Aku sedang membaiki kesilapan ini.Kau pun ku harap begitu.
- Ini Yang paling penting.Kau sudah tahu kau ada beberapa kesilapan semasa kau menulis blog.Tapi kau tidak membuat pembetulan dan kau masih mengekalkan kesilapan itu.
Antara lain yang kau boleh buat rujukan :
MohdIsmail.net :http://www.mohdismail.net/blog/5-sebab-kenapa-aku-tidak-akan-baca-blog-kau/
Jakob Nielsen :Top Ten Design Mistake
DailyBlogTips :Mistake Final List
Topotato.com: blog-yang-kurang-digemari-topo/
CodingHorror :13 Blog Clihes
ah..aku tahu..pasti akan ramai kata.Ini blog aku,sukati aku..


11 Comments
uish blog aku jadi rujukan…
terharunya aku….
[Reply]
sy tak nak blog sy diblacklist sbgai dont-visit-this-blog-again huhu
[Reply]
tq for da info.. tapi kekadang memang pakcik saje kekalkan kesalahan tuh dalam blog pakcik… antaranya headline (tajuk post) yang tidak kena dan maklumat Empunya Blog…
[Reply]
tentang hala tuju penulisan tu azamuddin, atau senang dikatakan point nombor 4, ada orang sememangnya sengaja membesarkan skop penulisan semata2 untuk mengetahui di mana kekuatan tulisannya. Bila sudah fasih akan kebolehan diri. Ia akan mula kecilkan skop.
Kadang2 kita tulis sebab kita mahu kembangkan pemikiran kita. kalau kita terus menumpu, susah untuk kita kembangkan di kemudian hari. Lagi2 kalau perkara yang kita tumpukan itu sebenarnya kurang sesuai dengan diri kita.
azamuddin. maaf ya. ni cume pendapat shj.hehe. kalau ada salah silap harap dimaafkan
[Reply]
ika :takde nyer aku wat list dont visit again..lawatilah rakan-rakan anda..itu best
Uncle :itu la.kadang-kadang itu boleh dibuat daya penarik sesuatu blog.
Nuarx: ahah..penggunaan nama penuh aku diblog.Takper..bertukar-tukar pendapat itu bagus.Berbilang-bilang topic itu pun bagus.Cuma,pada aku utk wat variable topic tuh,kita kena fahami betul2 apa yang nak disampaikan.Bukan salin tampal dari mana-mana..Freedom of blogging kan…
[Reply]
nice info… tq
[Reply]
Betul², part yang membalas balik serta lawatan ke blog lain memang perlu dan aku sudah merasainya, ha ha
[Reply]
nampak gayanya kena buat pool vote camaner punya situasi blog tertentu dan juga penampilan yang digemari ramai…
[Reply]
kadang-kadang ade yang menulis untuk diri sendiri, kebanyakkanye geng blogspot
[Reply]
hehe. aku memang suka blog aku dicemari dengan iklan-iklan. Hehe..
[Reply]
aku agree dengan semua saranan ko yang bagus. hehe
[Reply]