Petronas:Jangan Salahkan Kami

June 18th, 2008 | Filed Under: News - Personal

Semalam , sedang aku membelek-belek buku rujukan untuk siapkan assigment aku,aku sempat menonton satu rancangan di kaca televisyen..Ahaha..niat di hati ingin menonton cerita ViceVersa (arahan Aziz M.Osman) tapi yang keudara adalah Bersemuka bersama Media:Peranan Petronas….Ia merupakan bual bicara ( talkshow ) anjuran RTM tapi semalam ditayangkan di TV3( siaran tertunda ) mungkin sebab ianya adalah satu topik yang hangat masa kini.Tetamu Jemputan adalah C.E.O Petronas:Tan Sri Muhamad Hassan Merican dan dua wartawan ( Editor Exec The Edge serta sorang lagi dari Ekonomi Bernama ).Oleh sebab aku sedang belajar maka aku tidak mengambil inisiatif yang betul untuk mencatit apa yang dibincangkan.Tetapi antara isi kandungan rancangan tersebut ialah:

  1. Mengapa Malaysia tidak seperti Vanuezela dan negara OPEC,harga minyak tetap rendah-Syarikat minyak vanuezela keuntungan sempenuhnya adalah milik kerajaan.Syarikat minyak mereka tidak seperti Petronas dimana hanya menyerahkan 35% sahaja kepada Kerajaan Malaysia.Arab Saudi,pula dapat mengekalkan harga minyak pada tahap rendah kerana jumlah pengeluaran mereka amat banyak dalam sehari berbanding penggunaan mereka.Malaysia hanya mengeluarkan 700k tong minyak sehari dan menggunakan 200k tong minyak sehari
  2. Sumber minyak Malaysia habis pada 2011/2014?- Sumber minyak Malaysia akan habis pada tahun itu jika pengeluaran harian ditingkatkan.Tetapi jika dikekalkan seperti sedia ada,maka sumber kita bertahan lagi 20-25 tahun.
  3. Penyata Kewangan tidak dibentangkan di Parlimen (secara telus)?-Akta Petroleum Negara 1974 (kalau aku tak silap) , penyata kewangan Petronas hanya dibentangkan kepada Perdana Menteri sahaja
  4. Banyakkan NGV : Petronas sebenarnya memberi subsidi peribadi kepada stesen minyak sebanyak +/- RM2.Syarikat konsesi yang lain tidak memberi subsidi,oleh itu buat masa sekarang NGV hanya terdapat di stesen Petronas.Jika penggunaan eletrik untuk stesen minyak tanpa NGV adalah Rm5k sebulan,maka stesen minyak yang ada NGV adalah 3 kali ganda.
  5. Harga jualan Gas yang ditetapkan oleh kerajaan adalah 50% dari harga jualan minyak.Oleh itu sepatutnya ia pada Rm1.35 seliter bukan RM0.68 seperti sekarang.
  6. Sejak ditubuhkan,Keuntungan Petronas adalah RM500bilion dan Petronas telah membayar kepada kerajaan sebanyak RM300bilion.
  7. Kos pengendalian Operasi Petronas ( cari telaga minyak baru) adalah lebih tinggi dari Arab Saudi kerana telaga Minyak Malaysia berada di laut,Arab Saudi,berada di darat.Sebagai perbandingan,jika kos di darat adalah RM3juta,maka kos di laut adalah RM7juta.
  8. Segala subsidi minyak oleh kerajaan PETRONAS tidak mempunyai kepentingan.Ia ditentukan oleh Kerajaan,bukan Petronas.Petronas sudah memberi wang yang ditetapkan kepada kerajaan (royalti dan lain2),maka subsidi adalah dari Kerajaan.Sumber kewangan Petronas juga datang dari Operasi mereka di luar negara.Oleh itu,Pendapatan mereka dari luar negara sepatutnya hak petronas,bukan hak kerajaan kerana Petronas juga perlu membayar royalti kepada negara luar tersebut.

Ah..banyak lagi sebenarnya yang bermain dikepala aku,tetapi oleh sebab ia hanya berorientasikan perbinacangan selama 57minit,maka tidak semua pertanyaan dapat dikupaskan.Haha..Bile lagi yer ada soalan macam nie.

Er,jika ada kesilapan atas point-point yang aku berikan diatas,maka aku mintak maaf.Aku tidak mencatit ala setiausaha syarikat.

11 Responses to “Petronas:Jangan Salahkan Kami”

  1. Ya ya… aku pun ada tengok rancangan ni… kalau tak silap semua stesen tv siarkan .. RTM jak siaran langsung.. yang lain semua tertunda…

    Pening fikirkannya… ini penjelasan sebelah pihak untuk bantu kerajaan kurangkan kemarahan rakyat…

    Sepatutnya mereka ble jemput gak YB dari parti pembangkang ngan Kerajaan supaya ble didebatkan langsung.. pastu terpulangla kepada rakyat untuk menilai…

  2. vice versa dah abes la :cry: *sedih huhu* minggu lepas abes. cerita baru plak mggu depan

    tgk gak cerita petronas tu. kena jemput pak lah,menteri kewangan,menteri2,pemimpin parti pembangkang.. eh..ni macam dah duk kat parlimen plak huhu

    tapi xbest sgt la dgr tan sri tu cakap coz dia tak boleh nak komen/jawab pasal subsidi tu. hurmm..

    kena buat semula rancangan tu and jemput semua list saya kat atas keke XP

  3. Vice versa dah habis kan? Ehehe… malam tu terlupa pulak nak tengok vice versa ada ke tak… rupa-rupanya ada talk show petronas… eheheh

  4. pertama kali meletakkan komen di sini.
    aku terbaca entri dari eddyra pasal petronas ni. kau orang boleh baca di sini http://eddyra.net

    ———————————-
    syam @ http://aeropama.blogspot.com

  5. Adry,Ika: ha..cukup la kelakuan mereka di parlimen.itupon dah cukup memeningkan kepala..apetah lagi kalau live talk show..

    syam:thanks for your 1st comment.owh.jangan malu2 datang lagi..

  6. fath:cive versa dah habis…kalau fath rajin,fath download la citer2 tersebut. :smile:

  7. Saya tengok setiap episod setiap minggu kat tv… kalau ter-missed baru tengok kat TV3 online… So takyah la download… Dah tahu citer mcm mana… Tp memang best siri tu. Tak rugi tengok. :)

  8. vice versa best hehe
    kool la aziz n aliah lee tu bleh lg blakon sekali :grin:

    nak tgk semula lah kat tv3online tu :)

  9. fath and ika :tv3online tuh pon kita leh cilok tau dia punyer link..leh simpan dalah hardisk ag tuh

  10. aku tengok masa kat tv1, tapi bila start 5min aku jadi menyampah…tq sebab buat point camnih..tak pening sangat…

  11. adib: aku buat point pasal panjang sgt dia berbahas.so,amek point jer.Ahaha..aku bukan sokong PAK LAH yer..

Leave a Reply