Blogger adalah penyebar fitnah.Itu bukan kata aku. Itu kata Perdana Menteri Malaysia yang ke-5,Abdullah Ahmad Badawi.Panas?Yer aku sangat panas hati dengan kenyataan ini..Tolonglah Abdullah Ahmad Badawi.Jangan bersikap sarkastik dengan membuat kenyataan membuta tuli.Kau mengatakan pengendali blog adalah fitnah.Kalau kau katakan bahawa sebahagian sahaja boleh aku terima.Tapi bila kau katakan bahawa pengendali blog,pada aku itu adalah semua..Sepatutnya aku harus meletakkan kau sebagai Pak Lah sebab kau lebih tua dari aku.Tapi,aku hanya hormat bila orang hormat pada aku.Kalau kau bersikap sombong,buat apa aku perlu bersikap sanjung terhadap kau.Aku bukanlah penyokong kuat kerajaan.Tapi aku sokong Umno.Umno yer,bukan BN.Umno sebab ia parti orang melayu..Parti yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.Ditubuhkan untuk mewakili orang melayu.Bukan kronisme.Ah,aku tidak mengatakan bahawa kau mengamalkan kronisme yer.Jangan tuduh aku sebar fitnah yang kau kronisme.Sebab pendaftaran keahlian Umno adalah terbuka kepada semua orang.
Kenyataan kau yang berbaur tuduhan itu sama seperti aku mengatakan bahawa AHLI POLITIK DAN WAKIL RAKYAT ADALAH PEMBOHONG,MAKAN RASUAH,AMALKAN KRONISME,MUNAFIK KERANA TIDAK MENUNAIKAN JANJI serta beribu lagi keburukkan.Tapi aku tak akan menuduh ahli politik sebegitu.Aku hanya akan berkata ADA ATAU SEBAHAGIAN KECIL wakil rakyat sahaja yang bersifat begitu.Ada wakil rakyat yang menjalankan amanah dengan sepenuh jiwa.Membela nasib rakyat.Ketua kepada rakyat yang diwakilnya.Aku pernah jumpa wakil rakyat yang mengeluarkan duit dan beri kepada mereka yang memerlukan.Dia buat demikian sewaktu tiada liputan berita , bukan pada musim pilihanraya serta publisiti murahan.Bila aku tanya beliau menjawab, ” Saya tak mahu dituntut di akhirat kerana tidak menjalankan kewajipan”..Itu sebab aku percaya hanya sebahagian sahaja.Tapi kau hanya berkata pengendali blog adalah penyebar fitnah. Kau melebelkan pengendali blog..Masuk blog aku, kau baca.Apa sebaran yang aku buat. Orang sibuk cerita yang kes liwat DSAI adalah propaganda kau.Aku tidak.Cerita tentang Timbalan kau, aku tidak buat jugak. Tapi aku pengendali blog aku.Blogikus.com..jadi aku terasa sebab kau katakan pengendali blog.
Jangan risau Abdullah Ahmad Badawi.Aku bukan penentang kerajaan mahupun penyokong pembangkang.Aku cuma seorang rakyat Malaysia yang cuba hidup didalam kesusahan yang ada sekarang.Ingat, aku sokong UMNO,tapi tidak pada orang yang bernama Abdullah Ahmad Badawi mahupun siapa sahaja.Sebab pada aku,kau bukan umno,dan umno bukan kau.Mungkin kau untuk UMNO,tetapi UMNO bukan untuk kau.
p/s:Mintak maaf kepada sesiapa yang terasa.Aku tidak menuduh.Aku membaca disini Utusan Malaysia .Jadi,Abdullah Ahmad Badawi,jika kau rasa aku menuduh kau,aku tersalah fakta,kau salahkan Utusan Malaysia Online.
p/s.s:Harap kau tidak marah jika aku menggunakan nama penuh tanpa gelaran.Sebab sepanjang aku menghadiri tanah perkuburan,tiada aku dengar nama jenazah disebut dengan gelaran.
Mintak maaf semua.Ini pandangan peribadi.Lihat,dalam Personal kan.Jika utusan malaysia menukar teks tersebut,aku pon akan menukar kandungan entri ini.Sekian Terima Kasih.Aku harap sangat aku tidak menyentuh tentang politaikiikdi Malaysia.Ia memualkan buat masa ini.
Akhir kata, aku mintak maaf dengan kata hati pemikiran aku ini.

26 Responses to “Blogger Penyebar Fitnah!!!”
blogger dihentam je keje kan. hampeh lar
itu la…blogger keluar duit sendiri.tiada subsidi kerajaan.Kenapa dia tidak mencari orang kerajaan yang memangkah pembangkang???owh…undi itu hak masing2..tidakkah pada blogger?
pe r paklah ni..
blogger cuma beri pendapat..
bukan fitnah..
p/s:kalau lepas pencen nanti dia buat blog taulah dia..
kesian nasib kita nie..
pergh..memang kejam.

politik mmg kotor..
cencorot: tau xper…nanti dia dah buat blog seperti Tun,baru dia tahu apa itu blog…
aman:nasib blogger malaysia masih tidak terbela
xtreme: politik malaysia semakin lahanat,semakin tahi…baik pro atau cons
tak dinafikan, sesetengah blogger tu myebarkan fitnah.. tapi kenyataan, blog alah satu2 nya sumber di mana kebenaran tbongkar. takde tapisan! best giler!
freedom of blogging!
Hek eleh.. kenyataan dia tu dbuat sbnarnya sbb takut sgt lah tu.
saffas last blog post..Why Some People Like To Blog
sebab tuh la pakcik malas ambik pusing hal politik malaysia nie…
walaupun aku bukan minat dengan politik Malysia lebih cenderung ke arah gosip mengalahkan artis, tapi aku bangga duduk Malysia sebab tiada peperangan besar2 macam negara Islam. Kita tunggu sampai 2010, pak lah turun Najib naik. Lagi porak peranda Malysia kalau Najib pegang jawatan PM.
aku dah kurang berminat dalam politik.Makin runcing,makin kena kencing…
aku marah sebab dia kata kita sebar fitnah..hanya sebahagian kecil sahaja yang menyebar…ia ibarat akhbar arus perdana dan akhbar bawah tanah la..
Azam, sy suka cara awak menulis this entry. You wrote it in such a wise way… And sangat specific.
Yes, I’d only agree with Pak Lah IF he said some of blogger yang sebarkan fitnah. Bukan semua. But if you surf blog2 people ni ada jugak yang melampau gila babi. I used to read an entry written by susan loon ke susan soon eh (sorry I cant recall), boleh dia upload a letter yang kononnya tun M mintak tolong Israel for pilihanraya Malaysia! WTF?! tengok.. suka suki dia je buat cerita. dah la letter tu fake! hahaha.. padan muka cerita tu tak HOT pun..
Biasalah politician. macam-macam cara nak alihkan perhatian orang ramai. Nak cover kelemahan sendiri…
Tuduh sana, tuduh sini. Kalau diri itu bagus, orang tak akan buat tuduhan yang buruk. Pasti pujian yang datang.
Aku juga terasa sama seperti kau sebab aku adalah pengendali blog. Ceit!
syams last blog post..Kehidupan Lebih Baik Melalui Angan-Angan
lagi satu, kau punya RSS feed URL die dah direct ke mana ntah. aku xleh nak subscribe feedskau. tlg check bro!
ok..aku cek…aku cek….rss itu hari aku ade celaru sikit..hahah.sabar eh syam…terharu aku..
rss done…sila2 subscribe…hahah..terharu aku lagi sekali
memang sakit hati le kalu kena hentam selalu.
kang dah xde kebebasan lak.
tapi macam kata seorang propaganda NAZI mase dulu2..
10 uLangan 1 penipuan akan menghasiLkan 1 kebeNaran.
mari pikir2 sejeNak
atoiazizs last blog post..ONE LIFE,DO SOMETHING!!
bloggers tu suara rakyat,
cube dier buat blog jugak, mesti ramai ‘peminat’
ahha…macam TUN punya…terlalu banyak commentor sehingga blogspot ban kerana anggap spam..ahahah…kalau tun pasang iklan nuffnang mesti tambah income..
teruk betul.. xde sapa2 nak tembak agaknya.. tuduh je blogger.
betul. memang ada SESETENGAH. tetapi bukan SEMUA.
support who is right.
ban who is wrong.
one more - let them extinct!
alones last blog post..start saving today for tomorrow’s flight
hohoho kita difitnah sebagai penyebar fitnah!!!

saya suka entri ni.. the way u write ur entry, tak terlalu kasar sgt. (ok,saya tak pandai nk komen bab2 politik ni)
oh,good luck utk esok!
ixoras last blog post..HELLBOY II : The Golden Army
masalah ni sebenarnya dtg dr blogger politik jugak.. diaorg menulis kdg2 ikut dgr cakap org..
berapa banyak bercambah blog politik selepas pilihanraya.. lagi la negatif perspektif rakyat terhadap blogger..
si dolah badawi ni, check email sendiri pun belum tentu tahu.. ha ha.. sedap mulut je kata blogger tukang fitnah..
patut dia sebut ‘blogger politik’..
yeay…exam aku sudah tamat..betul la blogger politik yang salah…kita blogger marhain jer.
sapa (bloggers) yang buat fitnah politik kat blogs sebenarnya baru nak pandai berblogs a.k.a sentuh PC. haha
Darkz05s last blog post..Photomanipulation 01
diorang takut tu sebenarnya..
bantingboys last blog post..I want to save more money!
[...] para blogger berasa lebih dihargai… dan akan ku pastikan takde lagi orang yang menggelar blogger sebagai penyebar fitnah…hahahah agak melampau bukan??? jadi jangan la undi topo jadi peminpin [...]
Leave a Reply