Cinta:Aku Malu

July 17th, 2008 | Filed Under: Personal - Review - Tech'o'Gadget - contest

Sms masuk dalam kotak mesej aku tadi

From : E***

Bro,aku dah angau la ngan dia..Teringin sangat aku nak kenal dengan dia.Aku ingat malam nie aku nak ajak dia makan-makan la.Serius nak kenal dengan dia.Nak dapatkan no phone jer cukuplah.Kalau dapat hantar dia balik kerja malam nie,aku dah rasa syukur.Apa macam bro.Apa kata kau?

Ahaha.Kau memang cii la wahai kawan. Kau ada masalah nak berkenalan, tapi kau babitkan aku pulak.Kenapa? Aku bukan jenis kawan yang membantu ker?Meh sini aku nak kasi nasihat sikit. Kau baru nampak budak itu seminggu yang lalu.Baru tahu nama sahaja kau sudah mahu orgasme? hahaha,kelakar la kau nie. Tapi,oleh sebab kau mintak aku tolong,aku cuba juga tolong nasihat kan kat kau.Harap kau baca post ini.

Pada aku, yang utama dan penting sekali adalah :

  1. Jangan Gelojoh dan Sabar : kau baru nampak dia seminggu,tapi kau beria-ia mahu kenal dia.Dia kerja situ untuk satu jangka masa yang lama;tolong jangan tunjukkan kau nie terdesak atau gersang sangat.Pada aku, perbuatan itu cukup memalukan kaum aku. Kau harus berlagak kool.Rilek.Berlagak seperti helang yang berlegar-legar di ruang angkasa sebelum menerkam si mangsa..Kau lihat cara aku berbual dengan dia.Takde pun dia tipu aku.Siap mengaku dia duduk mana.Ahaha..Hei,aku pernah kenal seorang wanita yang memberi aku no phone setelah 5-6 bulan berkawan. Tapi, itu kisah lama.Kisah sekarang,x perlu aku beritahu sebab itu untuk majlis kahwin aku nanti.
  2. Jadi diri kau : Cara kau bercakap juga perlu diperbaiki. Jangan terlalu berkerawang-kerawang.Bukan dia sahaja yang tersengih kelakar,aku juga bila mendengar amat memualkan halwa aku.Berlagak kool sekali sekala amat berguna.Perempuan suka kalau kita berlagak kool sekali sekala,tapi jangan pada setiap masa.Sebab,kau perlu juga intipati kelakar,marah,garang,manja..hei,itu sifat semulajadi manusia.Laki bersifat manja tidak salah ok.
  3. Buang sifat malu :Kau, pada aku seorang yang hensem.Lebih hensem dari aku ( ini kata hati aku,kalau kata mulut aku tentu sekali tidak ). Mempunyai kerjaya yang stabil.Kerjaya kau membuatkan kau sentiasa berdepan dengan orang ramai. Tetapi kau sungguh pemalu.Tapi kau tak malu meminta tips2 dari aku. Beri no phone kau pada wanita tersebut pun perlu digerakkan oleh aku. Jika aku tidak berpunya lagi,sudah tentu aku tikam kau dari belakang..Ahhahahaha….Owh yer,kau juga amat segak berpakaian.Itu bagus pada aku.
  4. Pandai bercerita : Ahahaha..Aku bukan suruh kau beli buku tidu malam lalu kau bercerita pada si dia.Tapi kau perlu bijak dalam menceritakan diri kau. Dan sedikit pengolahan jalan cerita kau juga perlu kau kuasai.Up sikit bro. Tapi jangan banyak.Cerita yang melampau amatlah senang untuk orang tahu bahawa itu adalah penipuan.Owh,dulu aku praktikan,tetapi skang nie tidak.Cik Puan sayang,saya tidak menipu awak yer…Contohnya, kau kantoi gambar awek kau sekarang,dan si dia tahu.Buatlah cerita yang boleh dipercayai.
  5. Usaha sendiri : Yang paling penting,kau berusaha sendiri untuk mengenali diri si dia.Bukan dengan orang perantaraan.Aku bukan agensi cari jodoh.Aku juga bukan watak dalam filem HITCH.Aku hanya seorang yang ada sedikit pengalaman dalam bab mnegurat.Yer,aku seorang yang sweet talker. Tapi,kau perlu berusaha sendiri untuk mendapat si dia.Sudahnya, si dia asik bertanya tentang aku. Sebab si dia lebih banyak berbual dengan aku dari kau.Hah.Padan muka.Sapa suruh aku berbual dengan gadis idaman kau itu..Cik Puan yang membaca ini,jangan risau.Aku tidak berpaling tadah dari mu.Sebab itu, aku berani membawa mu berjumpa dengan keluarga serta sanak saudara ku.

Maaf la kawan-kawan semua.Ini aku tulis untuk kawan aku yang pemalu itu.Dia kacak.Tapi dia pemalu.Aku pun tak tahu nak beri nasihat apa untuk dia.Jadi kau,kau,kau tolonglah aku tambah nasihat untuk si kawan aku.Gadis idaman dia comel woo..Nama suhada..ahha..aku tahu nama dia dulu dari kawan aku nie.Apa kes???

p/s:gambar bukan si dia yang disebut.

p/s/s:empunya gambar tidak saya kenali.jika anda hendak saya remove gambar anda,sila hubungi saya dengan no phone sekali.Jangan risau,saya tidak akan mengorat anda.Cuma mahu menambah awek kenalan saya.

p/s/s:Cik Puan jangan salah anggap yer..

24 Responses to “Cinta:Aku Malu”

  1. hey guys out there! you dont have to be malu la……… berani la buat first move!!!! ;P hahahahha

    nonos last blog post..aku rasa kosong

  2. ahha,itu la..1st move oleh aku..itu bukan malu,itu cari madu..buwahhaha…cik puan…sila delete komen ini dari mata awak yer

  3. aku sendiri ada ramai kawan seperti kawan kau. sebenarnya ada kawan yang memang bukan seperti kita walaupun mereka lebih hensem dari kita ohoh.

    apa yang perlu dilakukan adalah tunjukkan jalan dan berikan tip mcm di atas adalah jalan terbaik.

    megats last blog post..Naik Taraf Versi Wordpress & Memasang Google Gears

  4. nak mulakan kne slow2….
    nanti bakal si dia (hohoho…) akan menganggap anda terburu-buru..

    kepada si penghantar sms ambil masa untuk mengenali dia sebagai sahabat terlebih dahulu……

    first tyme ter motivate orang..
    hehehe..

    humbleandmodests last blog post..Melayu Membisu Seribu Perkataan

  5. hahhahahha.. kelakar la baca post ni.

    erm,saya baru lepas grooming ni. facilitator tu sgt cool. dlm bg tips nk interview etc, dia kaitkan dgn hub cinta.

    dia tnya kenapa kita rasa takut bila nk g interview? kita tahu ke apa diorang nk tnya and so on. same as love. don’t be afraid to tell him/her that we like them. how they react, it’s up to them.

    so,utk kwn anda tu, takyah la nak shy2 cat.. kang melepas~ heheheheh

    ixoras last blog post..I Can’t Smile Without You

  6. hai, nama saya affuan. saya dah kawin dan dah ade seorang anak. lagi satu masih dalam perut. saya dengan tidak malunya nak melamar ixora atau cik nono untuk dijadikan isteri kedua, mengikut jejak ayah saya yang beristeri empat. saya kan anak yang soleh, mesti ikut kata ayah. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahahahahahahahahahahah!!!!!

    affuans last blog post..silap cucuk

  7. rileks, takkan lari aweks yang dikejar :cool:
    Darkz05s last blog post..Photomanipulation 01

  8. ahha..itu la budak muda..cukup gelojoh..baru dapat no phone,ade dah orgasme…ahahha…

    disclaimer:kepada pasangan komentar,sesungguhnya aku x terlibat secara langsung dengan kegatalan pasangan anda..

    p/s:kat bloglinks aku ada nama haniszulakiha..cun wooo

  9. affuan : saya reject lamaran anda tanpa was-was. hehhehehehe

    ixoras last blog post..I’m so FRUST!

  10. haa..lagi satu..apa pendapat kau jika perempuan melihat kau merokok…haa..aku dah penah kena..last senyap camtu ja..lg satu..yg aku pelik..tak pernah boring ke dalm SMS…nak telefon tak mampu..adus.. :oops:

  11. peremepuan yang cool adalah perempuan yang tidak kesah laki merokok..ahah…(pasal aku pun perokok)…bab sms tuh kadang2 memang payah nak ckap beb…tapi aku pun kurang la sms..better call..active5 kan ada

    xmindfreakxs last blog post..Cinta:Aku Malu

  12. @ affuan: uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak nak!!!!!!!!!! tak nak!!!!!!!!!
    tanpa was was kan ixora *high five* hahahahahhahahah

    nonos last blog post..HOHO! ;P

  13. ha, betul2, masa memula aje kot brader tu kool + stone.

    Nanti lama-lama ada la flownya tu.

    Syok baca blog ni.

  14. Teruskan perjuangan… ha ha ha…

    budiman…. :twisted:

  15. kalau aku jadi kwn kau, aku approach awek tu time dekat lift ke. aku ckp

    hai… tak pernah lihat awak kat sini selama saya kerja di sini. nama saya syam. ini kad saya (sambil hulur bisnes kad).

  16. ada2 je ko ye.. :grin:
    chots last blog post..John Mayer and Kaws Guitar Picks

  17. rasso:ahhha..aku mahu bloggers kau itu….

    syam: ala syam…budak laki nie yang sengal..cukup malas aku melayan mereka..selamat aku dah berpunya..

    chot: sebab aku dah malas chot…biar dia baca jer apa aku tulis.pastu praktikan..kalau suruh aku yang ushakan,baik aku buat no 2 aku.buwahahahaha

  18. bloggers aku? ha ha ha.. baju aku? hahahaha…. :twisted:

  19. iyer..baju ekau la..den jeles tgk ekau ngan ayares pakai baju itu..hahha..kapel malam itu…buwahahah..er,dgr2 ade projek baik ngan gie he..buwahhahaha..gie mahu angkat 18-200 vr tuh

  20. Aku pun lebih kurang spesies kawan ko ni…
    CUma kureng hensem sikit…
    Baguslah tips ko ni…aku guna ek…

    zools last blog post..Mas Cotek

  21. tips yg elok tapi saffa rasa kalau dah macam tu tahap ‘kesukaan’ nyer.. baik ajak perempuan tu kawin trus! Haha..

    saffas last blog post..Why My Place Isnt That Bad

  22. hahha…kalau ajak perempuan tu kawin terus,mau terkujat dia..

  23. ayat yang digunakan diatas memang power. Ciri-ciri buaya yang hebat ni.. :mrgreen:

  24. aku pun malu gak…kan senang nak jd muke x malu…

Leave a Reply