Review:Aeropama.Com

July 7th, 2008 | Filed Under: Review

Review kali ini berkaitan dengan Aeropama.com . Dipunyai oleh Saudara Syamsudin Md Nor a.k.a Syam. Dia bukan seorang pendatang baru dalam dunia blogging nie.Bermula dari tahun 2006 lagi.Dulu, berlandaskan platform blogspot dan tag “i see,i hear,i respon “, kemudian mula beralih arah kepada CMS buatan wordpress.Tapi kali nie, dia menapak kehadapan dengan membeli hosting dan domain sendiri.Sungguh cool kan..owh,blog lama dia adalah aeropama.blogspot.com .

Penulisan beliau lebih terarah kepada Motivasi diri. Oleh itu jika anda mempunyai masalah, membaca blog dia mungkin akan membantu sedikit sebanyak merungkaikan masalah anda itu…Tapi,ikut kepada post-post lamanya,kadang-kadang ade juga isu hangat dibangkitkan..Panas macam mana itu korang boleh selongkar sendiri blog tersebut.Blog ini menggunakan theme ModXBlogTheme dari Justdreamweaver.com

Asal usul aeropama tidak pulak aku ketahui.Aero + Pama? Serius,mula-mula aku baca,aku ingat ikan arapaima gigas itu…SYAM,apa maksud AEROPAMA?????

Pengenalan diri Syam walaupun aku tak kenal.Merupakan pemegang ijazah mekanikal.Masih BUJANG DAN HENSEM.Kepada rakan-rakan lain ( ixora, Nono, Saffa, Ika, dan lain-lain lagi wanita anggun ) kalau korang nak cucuk jarum dan masuk line,sila lah.Dia masih bujang dan bekerja dalam bidang OIL & GAS. GAJI LUMAYAN WEI!!!!Pergh,pastu korang boleh la enjoy duit dia kalau dia ada kerja offshore…Ah,dia takkan berkira la pada korang.Cukup dengan membuatkan dia secawan kopi bila dia pulang ke darat.Dan umur dia muda lagi.Sebaya aku.25 tahun..So kepada korang yang aku sebut diatas, pilihlah dia dari aku.Sebab aku tidak bergaji besar sangat,dan aku sudah ada cik puan.Korang pon jangan suke2 cakap manja sama aku.Nanti yang kena siksa adalah aku,bukan korang.Email la aku.

Aku memang tak kenal dengan si Syam nie.Tapi nick dia banyak berkeliaran di blog2 yang aku singgah.Rajin memberi komen serta pandangan.Gaya penulisannya menunjukkan kematangan.Syam,kalau kau membaca nie,aku nak tanya.Kau duduk mana? Ade masa kita yumchaa jom.Sudah tentu aku yang murah hati nie mintak kau belanja secawan kopi serta beberapa keping sushi.Ahahaha. Ape lagi eh pasal si Syam nie…

Kalau kau berminat dengan dia, sama ada dari segi penulisan or dari segi hati, kau layari la aeropama dot com . Banyak yang kau akan dapat dengan membaca penulisan dia.Dengan kegawatan ekonomi yang dijangka kan melanda, kau boleh belajar dari Syam. Apa shaja yang ditulis,boleh digunapakai..ini kata aku..tak percaya? Entri beliau ini boleh menolong kau,kau,kau dalam persiapan menghadapi kemelut ini…..

p/s:korang yang lelaki pon digalakkan untuk meninjau serta melanggan rss dia..korang boleh membaca serta mencuci mata korang.Gambar awek-awek yang disediakan cukup untuk melampiaskan nafsu mata korang.

11 Responses to “Review:Aeropama.Com”

  1. hakhakhak.. kelakar la baca review ni.. erm,ni review pasal blog ke, pasal tuan blog? :wink:
    ixoras last blog post..Sepi & Wanted

  2. dua-dua sekali la cik ixora…untuk blog dia ada,untuk tuan blog pon ada..ahah…nampaknya cik ixora lebih tertumpu kepada info pasal tuan blog..Syam…ada orang dah berkenan….

  3. Salam bro.. nk menyelit sikit, bleh jadi cupid nin, ataupun jadikan niche mancarik jodoh

  4. thank you xmindfreak. aku amat hargai review kau ini. mari sini aku jawab persoalan kau.

    kenapa aku guna aeropama? sebenarnya aku mula online ngn nick araipama. aku dedikasi kepada arwah kawan aku ms zmn skola dulu. dia sgt taksub dgn ikan bernama araipama gigas. kemudian aku smbung belajar diploma dalam bidang aeroangkasa. aku tukar kpd nick aeropama. aero + araipama = aeropama.

    asal aku dari ampang tp skrg bekerja di teluk ramunia johor. tgh bln ni aku pindah balik ke KL. kalau mahu lepak dgn aku, boleh YM aku kt syam_meckerz@Y!. Pasal belanja don’t worry. bill on me bro

    syams last blog post..Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi

  5. [...] check emel, check komen di blog aku dan baca entri dari xmindfreak. Beliau dengan murah hatinya mereview blog aku. Terima kasih aku [...]

  6. :grin: haha.. takpe lah.. terima kasih. tak cukup umur lagi. LOL.

  7. perghhhh bagus la buat review2 camni. nak merasa gak. haha :mrgreen:

  8. ok…knizam mahu di review…boleh2..nanti aku baca balik semua post kau.

  9. salam tuan rumah..

    ni tgh jenguk dua-dua blog sekali ni..

    hehehe.. yer yer.. ulasan tentang tuan punyer blog kerr atau blog tu..hehe

    apa pun.. selamat berblogging dan selamat hari minggu..

    :)

  10. hahahahahahhahahahahah! boleh la promote eh azam… ;P

    yes, suka jugak baca blog dia walaupun jarang komen sbb segan… penulisan dia tu sangat bagus.. and ada content la.. ;)

  11. hurmm…xpe lah ek…dah berpunya hahaha :twisted: :twisted:
    ikas last blog post..7 itu nombor keluarga saya

Leave a Reply