Kritikan!Membina atau Memusnah?

Aku membaca kat blog aeropama berkaitan dengan MANUSIA BERALASAN..Bila baca entri tersebut,lantas aku teringat tentang satu topik yang aku rasa aku sudah cukup bosan bila mendengar.Bila kita dikritik,apa persepsi kita?Kita menolak atau kita menerima serta menambah baikkan..? Aku memang biasa terima kritikan.Bukan kritikan sahaja,kutukan hinaan,pujian dan semua kata nista pernah aku dapat.Pada aku,itu lumrah kita sebagai manusia.Kau terima atau tidak adalah hak kau.Bagaimana kau terima ituu yang menjadi persoalan..Kalau kena pada aku,kritikan yang kau terima perlu kau tangani dengan baik.Sebab:

  1. Kritikan yang kau terima itu terima bermakna hasil kerja kau orang lihat.Buat apa kau buat kerja tapi kau syok sendiri.Dah la tak berhasil.Yer,kau rasa kau sudah buat yang terbaik untuk kerja kau,tapi tahukah kau, kalau lagi banyak maklumbalas yang kau terima,kau punyer kerja lagi bertambah baik?
  2. Aku pernah membuat kritikan untuk gambar yang ditunjukkan pada aku.Yer,aku tahu,aku masih lagi baru dalam bidang fhoto- fhoto ini,tapi aku bukan seorang yang buta dalam menilai hasil kerja orang.Bila aku kritik gambar kau kabur,tak perlu la kau cakap memang “intention” kau untuk ambil gambar begitu.Kalau satu gambar,memang aku boleh terima.Tapi kalau hampir semua gambar,itu menandakan kau tidak menerima kritikan yang diberi.Kau kata, aku yang salah..Jika kau menerima kritikan aku itu,sudah tentu kau akan bertambah baik pada masa akan datang.
  3. Pernah baca contoh kritikan yang cukup pedas? Cukup menusuk kalbu kau? Aku kasi contoh yang pada aku satu kritikan yang baik,tapi tak semua orang menerimanya.Kau baca entri oleh Bro Beck.Komen yang diterima ada yang elok tapi tak kurang juga yang menyinga..Apa yang dikritik adalah kelemahan yang sedia ada,sepatutnya kau ambil dan baiki.Tapi ada yang buang ketepi dan masih pertahankan kelemahan itu.Pada aku,kau berfikiran kolot.Kau enggan terima pendapat orang lain yang pada kau tidak tahu apa2.Kau yang tahu semua perkara.Kau incik serba boleh.Orang lain bodoh.
  4. Bila masa pula kau rasa kritikan itu tidak membina? Pada aku, bila apa yang kau buat itu betul2 tepat.Mempunyai fakta yang cukup kuat.Sehingga dibawa ke mahkamah pun,kau akan memang dengan mudah.Bukan fakta yang dibuat2 hanya bertujuan menunjukkan kau betul.Bila kau rasa kau hampir ketandusan idea untuk mempertahankan diri,kau guna sentimen agama.Kau bersumpah atas nama Allah s.w.t sewenang-wenangnya.Ada kala, aku juga bangkang bila dikritik.Tapi,pada mula dikritik,aku terima dengan senyuman…dalam hati membuak2 nak bangkang.Lepas tu,baru aku buat kajiselidik.Aku cari fakta / material yang boleh menyokong aku.kemudian,dengan senyuman juga aku balas kritikan tersebut.Kau cuma perlu membalas,bukan mencari gaduh.Itu sahaja..bukan memekak dan menengkin kunun ingin menunjukkan kau tegas dalam diri kau.

Ah,senang cerita, pada aku,kritikan itu penting.Orang pandang apa yang kau buat.Kau diambil berat.Itu sahaja.Bagaimana kau terima itu cara kau.Pada aku,tak rugi pun kau menerima kritikan.Malah,hasil kau bertambah baik.Kau boleh guna kritikan itu untuk kerja masa akan datang.Itu sahaja.

Dan kau yang membaca,jangan lupa untuk memberi komen.AHHA..komen sahaja.Kritik pun ok..Dulu syam aeropama pernah memberi kritikan tentang aku.Tapi bahasa dia lebih indah iaitu “review”.Kerana dia aku perbaiki blog aku.Sudah ada RSS sekarang.Kau cuma langgan sahaja..

* proses penilaian masih berjalan.Jangan risau.Siapa yang menang, tetap akan menang.

* Selamat menghadapi bulan puasa.Aku kurang paham kenapa bila bulan puasa,budak opis pandang2 aku sambil tersenyum

*Tahniah kepada rakan aku kenal dari alam maya aku Suria serta suami , atas kehadiran keluarga baru.tahniah sekali lagi.Mahu ambil gambar keluarga?Hubungi aku.Harga boleh runding.Hehhehe..

Post a Comment or Leave a Trackback
seperator

8 Comments

  1. myadlan (18 comments)
    August 25, 2008 at 6:57 pm | Permalink

    betul. kita kene berfikiran terbuka dan menerima segala komen orang yg baik maupun tak baik.

    hatiku telah menjadi kebal sbb da dilatih utk menerima kritikan..
    kalo dak design tak leh terima kritikan baik amek kos laen..

    myadlans last blog post..Lost my wallet again

    [Reply]

  2. Uncle G (43 comments)
    August 25, 2008 at 10:06 pm | Permalink

    kena kritik selalu la.. setakat nie lom lagi kritik orang… setakat nie kalau orang kritik panas telinga.. pakcik buat bodo je… malas nak jawab/balas balik… tapi kalau betui ape yang dkritik.. insyallah pakcik ubah

    p/s: bos kritik lagi pedih… makan dalam woooo

    [Reply]

  3. aeropama dot com (13 comments)
    August 25, 2008 at 10:08 pm | Permalink

    yup! tu yg jd masalah kita. tak mahu terima kritikan. akhirnya kita jd angkuh dan bodoh. maka wujudlah golongan manusia bodoh sombing…

    [Reply]

  4. xmindfreakx (85 comments)
    August 25, 2008 at 10:36 pm | Permalink

    ahha…dah la sakit hati dengar kritika,pastu gi buang kritikan itu.last2 kena marah balik sebab masih melakukan kesilapan yang sama..kan bangang namanya itu.

    [Reply]

  5. megat (13 comments)
    August 26, 2008 at 11:01 am | Permalink

    apa pun ia bergantung pada penerimaan dan pengalaman seseorang individu itu juga.

    kritikan pun ada caranya. klu kritikan menggunakan bahasa yang betul tanpa melibatkan emosi, ianya dapat diterima.

    malangnya kritikan yang hentam kromo dan tak pernah menjaga hati orang lain. itu yang tak bagus dan barangkali siapa yang suka!?

    megats last blog post..Dari Kajian, Perbaiki Dan Permudahkan Penulisan Di Blog

    [Reply]

  6. maen (5 comments)
    August 26, 2008 at 11:15 pm | Permalink

    Sorry sebab apa aku tulis ini tiada kene mengena dengan entri..

    Kenapa main page ko tidak boleh buka.Itu sahaja..

    [Reply]

  7. chot (18 comments)
    August 27, 2008 at 9:51 am | Permalink

    aku mmg suka dikritik…kalau tiada kritikan nanti kita perasan kita je betul.. :lol:
    chots last blog post..berfikir sebentar..

    [Reply]

  8. Pendita (2 comments)
    September 10, 2008 at 4:11 pm | Permalink

    Sering apabila memberi kritikan, kita menganggapnya sebagai membina tetapi apabila dikritik, kita menganggapnya sebagai tidak tidak kena cara, biadap dsb. Itulah yang saya lihat berlaku termasuk di blog Bro Beck juga. Reaksi pembaca kepada artikel dan reaksi pengarang kepada respons pembaca tidak menunjukkan kedua-dua keadaan berlaku pada kedua-dua pihak.
    Kita memang suka dikritik tetapi kita lebih suka dipuji dan dihargai. Pujian juga boleh membina. Kita mahukan cara kritik yang tidak sehingga merendahkan harga diri kita. Kita sedia berubah tetapi bukan kerana disuruh untuk berubah. Mengkritik sememangnya mudah dan menyeronokkan tetapi memberi kritikan membina secara berkesan tanpa backfire memerlukan kemahiran dan keikhlasan.

    [Reply]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*