Ini cuma entri pendek dari aku. Beban kerja aku di tempat baru ini buat aku makin sibuk.Tiada lagi masa senggang untuk memuat turun muzik,filem mahupun perisian dari dunia internet.Tapi itu tidak bermakna aku tidak mengambil pusing hal negara kita.Dan,dengan celahan masa yang aku ada,aku ronda-ronda juga ke blog kau kau kau semua.Jangan risau…Aku gemar membaca penulisan kau kau kau semua.Aku akan klik satu persatu rantaian yang ada dalam jaringan aku.Jika ada rantaian baru yang aku dapat dari blog lain,pun aku akan masuk.
Owh,hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan.Dengan piliharaya kecil Permatang Pauh yang akan berlaki tidak lama lagi,cerita tentang DSAI ini semakin sensasi.Kurang cerita PEMBUNUHAN ALTANTUYA malah hilang cerita DIMANA ADIK SHARLINIE yang pada aku lagi penting untuk di cari oleh pihak PDRM. Hanya kerana ingin menghadapkan DSAI ke mahkamah,hampir semua teknologi yang kau ada,anggota yang kau ada kau kerahkan untuk bekerja.Kau kerahkan adakan sekatan jalan raya.Tapi,kenapa tidak kau gunakan jaringan kau sebagai Polis Negara untuk mencari Sharlinie?
Hari dalam akhbar theStar, cerita tentang Dr.Mohemmed Osman Abd Hamid buat akuan sumpah.Akuan sumpah tentang dia memeriksa keadaan Saiful Bukhari Azlan dan menegaskan bahawa laporan yang dia buat mengatakan Saiful tiada tanda-tanda diliwat.Dalam Malaysia Today pun kau boleh baca laporan itu.
Seorang blogger telah ditahan polis.Blogger bernama Abdul Rashid Abu Bakar a.k.a Penarik Becha atas dakwaan membuat entri tentang agenda tersirat berkaitan muzakarah antara Pas dan UMNO.Blog disini.
Cerita penangkapan disini pulak
Hai dunia politik Malaysia.Kau semua sibuk dengan hal kau semua.Malaysia bakal menyambut kemerdekaan pun kau tidak hiraukan.Kalau dulu,bulan kemerdekaan penuh dengan iklan yang bermakna,sekarang penuh dengan cerita politik yang tahi.Kau tuduh dia, dia tuduh kau,polis tangkap orang kerana tuduhan mengarut..
Aku harap dengan entri aku ini,tidak membuatkan aku dituduh penyebar fitnah.Serta tiada tangkapan dibuat ke atas aku.Aku bukan menghasut orang membenci kerajaan atau menyokong kerajaan.Aku cuma seorang rakyat yang sedar bahawa lagi 24 hari kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 51..Owh,aku masih tidak tahu apa dia tema atau logo bagi sambutan tahun ini.
Update: Tema :Perpaduan Teras Kejayaan..itu yang aku jumpa.
Tema contest aku: JIka Aku Pemimpin Malaysia.
p/s : mintak maaf,entri ini ditulis pada otak yang tenat dengan kerja.Penat dengan memikirkan politik malaysia.Keciwa dengan pemimpin yang sedia ada serta pemimpin yang diwar-warkan sebagai calon pembangkang.Aku masih lagi dibuai mimpi.Masih lagi terikut-ikut dengan cara Dr.Mahathir.Masih mendambakan generasi yang memimpin Malaysia kearah era kemajuan tetapi masih lagi mengekalkan keislaman.
p/s/s:Pak Lah kata,minyak akan turun.Pak Lah ada kata,kita runcitkan harga mengikut bulanan.Tetapi Pak Lah tak kata, semua harga barang pun berubah mengikut bulanan.Harga minyak mungkin kau boleh turunkan,tetapi harga barang yang telah meningkat,mesti payah untuk kau turunkan.takperlah….satu jer saranan aku sebagai rakyat dibawah pentadbiran kau wahai Pak Lah…Tadbirlah dengan semangat untuk rakyat.Berpikirlah untuk negara dan rakyat.
cait..kata pendek.nie da dekat berapa patah da nie…biasala orang keciwa memang banyak bebel…
ps4:aku selalu beri komen kat orang lain macam nie “Ah,PKR itu semua bekas ahli umno sahaja..sokong PKR sama macam sokong Umno.Sebab PKR dan Umno adalah satu acuan yang sama.Cuma PKR ada pelbagai bangsa.Anwar,Azizah,Azmin semua bekas ahli umno yang tahu selok belok umno.”

20 Responses to “Malaysia Hari Ini!!”
hmmm aku jarang sangat baca blog politik dan sebagainya dan biasanya aku tak komen. Selalu baca. Kekadang tu komen gak. Tapi sekarang dah tak nak lagi. hehehe.
dan ini pertama kali aku dngr ttg blogger kena tangkap kerana buat entri macam tu. hehehe. Selama ni mmg tatau pon. hehehe. jarang tgk tv dan newspaper dah sekarang. Asyik berblog sahaja. hehehe
ps: Selamat Hari Merdeka Buat Anda
taukeys last blog post..Memohon Nasihat
aku makin x faham dgn dunia politik di negara kita. semakin panas buntut mereka, semakin fitnah berleluasa.
nak tutp kesalahan sendiri, orang lain menjadi mangsa!
kekadang aku rasa sehingga pihak berkuasa pun susah nak dipercayai (uhuhu. menyedihkan!
megats last blog post..Celcom Broadband Semakin Bermasalah!?
betul megat… politik kita sangat murah dan tahi. sebabnya kita diperintah oleh orang-orang yang bodoh.
masih menunggu para ilmuan dan cendiakawan mentadbir negara kita tanpa ada agenda tersembunyi dan korupsi
aku dah muak dengan politik malaysia. sekarang aku lagi suka baca entry pasal cuti2 malaysia. hehe
Mendengar politik bagi aku memang best tapi selepas pilihanraya, aku muak disebabkan seorang pemimpin permbangkang yang berlaga hero. Kononya, dia bagus.
So, skrg..mcm kNizam jugak..cuti2 Malaysia.
aku setuju dengan kau semua tentang satu perkara;politik malaysia tahii..ada orang pandai2 seperti KJ pun tapi x guna bila kuasa yg mereka dambakan.Tahi,tahi,tahi…
aku nak buat entri pasal awek hot la camnie.buwhahahah…seperti favicon aku,aku cuba menjadikan blog ini seperti photoblog…
erkh.. pakcik pon selalu gak baca blog penarik beca tuh.. smlm ada kawan sms kata kena tangkap… ui.. silap skit tangkap.. silap skit tangkap….
p/s: tunggu masa lapang yang panjang skit nk join pertandingan tuh
Uncle Gs last blog post..Direktori BlogSempoi
aku pun sekarang rasa malas nak tgk berita atau membaca surat khabar.. xda cerita lain nak diutarakan terlebih dahulu.. dah makin bosan dah.. diorang ni x reti bosan ke eh..?? hurm…
nikillass last blog post..08:08:08 PM 08.08.08
politik..
siapa betul?
siapa salah?
i don’t know
macam2 dah berlaku sekarang. Ai..penat tengok tv dan baca paper camni..
bantingboys last blog post..I want to save more money!
aku dah xpercaya pemimpin, aku dah xpercaya polis, aku dah xpercaya mahkamah, aku dah xpercaya blah..blah..blah…
chots last blog post..Nikon Coolpix P6000
aku dah malas da nak ambil tahu benda macam ni. Better aku stay out dari semua tu..
THs last blog post..The Best Place To Transfer Your Domain
argh..lantaklah depa tu sume tahi politik..kekeke..yg penting kita tulis blog sampai habis bandwidth sbb visitor terjah..ada berani
catzers last blog post..WangCyber Gathering, Bukit Jalil
jab.. azam silap la.. kemerdekaan yang ke 51.. bukan 52..
nonos last blog post..Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
sesungguhnya awak mempunyai mata yang cukup tajam cik nono…terima kasih kerana memberitahu saya..gud job..jgn lupa wat entri
salam…1st-timer here…nak komen gak..aku taktau pihak mana yg benar2 ikhlas nak perjuangkan nasib rakyat sekarang ni. Masing2 ngan agenda sulit masing2. haih…sekali kena guling ngan pmerintahan tentera cam kat thailand kang bru tau..huhu…
oh sudi2 ler lawat blog saya yg x sbrape neh…heh..peace…jom exchange link!boleykah..?
najlaas last blog post..Dewasakah Aku..?
ha…selamat datang ke sini..mari2…sambil2 lawat blog saya,lawat juga kawan2 saya..lihat saja di blogikus-fame itu..
exchange link?tiada masalah…er,cun picture…
pilitik negara makin teruk la…kita sebagai rakyat risau dgn keadaan ni..
nmpk menarik blog kamu.. tp hampir smggu tiada update..
sok akan hari penamaan calon. mngkin ku kesana nnt. meninjau tmpat orang.. xminat pn politik sgt tp kne update juga..
Sekarang makin menjadi-jadi.. dah pulak muncul trend bersumpah.. macam dah goblok sangat pemimpin malaysia nih..
nuaemans last blog post..6 Pelaburan terbaik Nuaeman
Leave a Reply