Menjelang Syawal!

Hari ni genap 16 hari kita umat islam di Malaysia berpuasa.Hari ini juga menandakan bahawa lagi setengah bulan sahaja kita tinggal untuk meningkatkan ibadah kita dibulan Ramadhan.Ada orang,mereka tidak sabar untuk menghabiskan baki ramadhan yang ada..Ada juga yang berharap masa akan berlalu dengan begitu perlahan agar dapat menikmati bulan ini dengan sebaikya.

Ah,cukup dengan pengenalan itu.Padahal,bila sebut je menjelang raya,ramai yang pening kepala.Ini semua kes perbelanjaan yang akan dikeluarkan untuk raya.Aku,serta kau semua ( yang bekerja ) mesti dalam dilema yang sama.Mesti aku serta kau semua akan memegang mesin kira-kira saintifik agar kau serta aku dapat mengira belanjawan yang akan dikeluarkan.Belanjawan Kerajaan pun pada kau serta aku tidak sehebat belanjawan raya..Pada aku,dan aku rasa kebanyakkan kau juga sama nasib seperti aku iaitu:

  1. Belanjawan untuk pakaian hari raya. : Ada dikalangan kau tapi yang pasti tidak pada aku yang akan berhabis-habisan dalam menggayakan diri.Baik kau bujang mahupun kau laki orang,kau juga mahu berlagak segak.Kau kira kau akan dipandang hensem bila anak dara - anak dara jiran berkunjung.Bagi wanita pula,kau mahu kelihatan umph…..meletup…
  2. Belanjawan untuk makanan raya : Yang ini sudah pasti hebat.Kau mahu segala macam makanan dapat disediakan untuk hari raya.Dari kuih berjenama artis , hinggalah kuih yang enak dan sedap dimakan tapi bercirikan tradisional.Aku kurang makan kuih moden-moden ni.Manis sangat.Perit tekak aku makan banyak-banyak.Batang buruk juga pilihan aku walaupun kerap tersedak dan batuk.
  3. Belanjawan untuk balik raya : Lagi dengan situasi sekarang dimana kenaikkan harga minyak yang berlaku.Semua orang sudah berkira berapa ringgit habis.Isi minyak nak balik kampung.Isi minyak nak menziarahi.Bayaran tol pergi dan balik.Ini semua kena ada dalam belanjawan raya beb.Takkan kau nak guna Jalan Persekutuan dari Kedah sampai ke Johor Bahru.Tak Jimat tu beb..
  4. Belanjawan Duit Raya : Yang ini la paling memeritkan.Ahaha…dulu waktu raya,memang tabiat kita sebagai kanak-kanak akan buat kira-kira berapa banyak pungutan akan dapat.Belum buat pungutan pun ada yang dah buat kira-kira untuk perbelanjaan pungutan itu.La ni,dah dewasa dan bekerjaya, pun masih buat kiraan pungutan yang akan diambil.Bukan untuk diri sendiri,tapi untuk kanak-kanak yang datang…Er, ada juga mak bapak yang sudah buat kiraan berapa anak-anak dapat “pungut”kan..
  5. Belanjawan Lepas Raya : Bab ini,ramai yang kantoi beb..konfirm walaupun kau dah buat simpanan berasingan.Hhaha…Kepada yang berjaya,kongsilah pengalaman dan tips-tips.Agar golongan seperti aku dan kau yang lain dapat buat satu kiraan yang bagus.Tahun nie,Syawal awal bulan.Bermakna , lepas raya sehingga ke tarikh bahagia ( salary pay out ) cukup lama terasa.Kau serta aku yang rajin keluar berpacaran pasti tersengih bila di ajak dalam jangka masa itu.Owh, cik puan…nanti kita bincang tentang itu.

Bab lain,belanjawan lain..kau semua boleh beritahu aku.Apa lagi yang kita kena waspada?Apa lagi kita kena ambil kisah?..”Lama lagi nak raya Azam”..Dua minggu itu tidak lama wahai kawan…jangan kau terkesima bila tarikh itu sudah dekat…ahha..aku ingatkan ajer….

p/s:Cik Puan sayang,awak seorang sahaja belum hantar markah…

p/ss: aku kerja wei raya nie.Menjaga keselamatan jalan raya.Ini tahun ke tiga.So,duit agihan raya ke sedara mara kurang sikit la kuar.Baju raya pun tak havoc membeli

psss:Paling lewat aku kasi hadiah kepada kau yang masuk contest adalah hujung minggu depan.Tunggu keputusan dari cik puan…Buat duit raya sekali…Kau yang masuk,sila beri aku cara nak bank in..guna Hubungi Aku di bar atas yer…Semua Peserta.( 11 orang jer )

er,kata nak tubuh kerajaan baru?Mananya??ahhaha

er,kata *S.A untuk kegunaan keselamatan dalam negara.Orang diugut bunuh pun dihantar masuk ker? Apa guna PDRM..aku pun tak paham dengan kau.Alasan kau tak kena pada aku.Akta *.S.A bukankah untuk pengganas serta mereka yang mengancam negara…

-credit to the picture owner.I’m using this and didn’t know the photographer”-

Post a Comment or Leave a Trackback
seperator

9 Comments

  1. nono (51 comments)
    September 16, 2008 at 4:44 pm | Permalink

    nak add up one more thing! budget for holiday with family time raya … :mrgreen:

    heheh..

    jap about pakaian and ladies tu biarla.. lagi meriah hari raya tengok ladies ladies cantek pakai baju raya kan? :P
    nonos last blog post..A little bit of Me :)

    [Reply]

  2. alone (26 comments)
    September 16, 2008 at 9:51 pm | Permalink

    memang banyak benda kena fikir menjelang syawal nih.. hehe.. walauoun aku stil seorang student..

    oh.. ya.. yang dah xpatut jadi.. xpatut jadilah..

    selamat meneruskan ibadah puasa :cool:

    [Reply]

  3. Adry (15 comments)
    September 17, 2008 at 6:38 am | Permalink

    menjelang raya ni kena la bijak budget.. kalau tak naya weh…

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    [Reply]

  4. !x0r@ (11 comments)
    September 18, 2008 at 7:33 am | Permalink

    Raya skang tak macam raya dulu2.. skang banyak pakai duit. Mesti penat kan kalo kena balik kampung jauh2.. mujur la sedara-mara saya duduk dalam satu negeri je.

    Erm,saya pun tak shopping raya lagi.. mungkin tak dah kot. Ujung minggu depan dah nak balik kampung.. ujung minggu ni ada projek co-cu.. huu.. tak sempat.tak sempat!

    anyway,selamat hari raya in advance ye incik Azam :smile: mohon maaf andai ada salah & silap saya waktu komen di sini..

    p/s - maaf saya salah gunakan kotak komen ni. hhehe :mrgreen:
    !x0r@s last blog post..e-card from me

    [Reply]

  5. chot (18 comments)
    September 18, 2008 at 4:04 pm | Permalink

    aku xde sgt beli baju atau barang2 raya..cuma nak beli lens raya je..huhu

    chots last blog post..citacita sosa kl kl kosa nostra

    [Reply]

  6. admin (174 comments)
    September 18, 2008 at 4:32 pm | Permalink

    –>nono :ya,memang chantek..tapi saya hanya melihat sahaja…. :cry:
    –>alone: student pun kena pikir gak pasal raya nie..mana nak bergaya..aku dulu pun student,cari part time b4 raya…
    –>adry : itu la…naya habes wei..ahha..standby duit pas raya itu lagi penting..
    –>ixora : yer..saya pun mintak ampun maaf andai tersalah kata,terkeluar ayat2 usha..atau sewaktu dengannya…
    –>: haha..kau memang sama ngan aku chot bab nie..lens itu lebih penting dari lenglain..( selepas cik puan la)

    [Reply]

  7. zool (14 comments)
    September 18, 2008 at 7:04 pm | Permalink

    Hm.. biasalah dah sampai waktu Syawal maknanya belanjawan kena lebih cekap..
    Kalau tak …
    Habuk je tinggal nanti..

    [Reply]

  8. Uncle G (49 comments)
    September 18, 2008 at 9:59 pm | Permalink

    tuh dia… lense dulu dipikirkan nye.. huhuhuhu…

    [Reply]

  9. myadlan (20 comments)
    September 20, 2008 at 10:02 am | Permalink

    wah.. teliti jugak kau ni.. bagus2..
    walaupun cuma tgh praktikal, tapi still mcm2 aku kne budget utk raya ni..

    adoi.. baju xbli lagi la.. laki senang la bleh je bli. tp pompuan mesti nk tempah nye.. leceh2..

    myadlans last blog post..Preparation for Raya

    [Reply]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*