Pernah kau kau kau semua tgk poster citer nie? Lakonan Jim Carrey dimana dia merupakan seorang peguam yang cukup hebat dalam memutar belitkan fakta dan seorang kaki kata tipu yang bagus.Tapi dia terpaksa bercakap yang betul kerana permintaan anaknya ditunaikan.Nak tau lebih lanjut,sila cari di piratebay.org ataupun rapidshare.com
Ahha..aku bukan nak citer pasal filem ni.Aku cuma nak kupaskan sedikit sikap manusia nie. Yer..berbohong,menipu,auta kari ,kelentong dan apa jua perkataan yang kau paham yang membawa maksud pembohongan.Dalam mana-mana agama sekalipun aku rasa tiada satu pun yang membenarkan pembohongan berlaku.Tapi,apesal masih juga terjadi pembohongan.Ahha..aku pun pernah berbohong.Jika aku cakap aku tak pernah menipu,sah2 itu satu penipuan yang jelas telah dibuat. Tapi tidak semua perkara aku hendak tipu.Dan dengan kau kau kau semua yang membaca blog ini pun tiada sebab untuk aku menipu.Sebab,tiada kepentingan bagi aku untuk tipu kau.Aku pernah diberitahu ( bila dan dimana aku tak ingat,tapi lama la dulu ) bahawa kekerapan manusia untuk berbohong adalah setiap 6 minit.Bukan cukup 6 minit kau bohong,bukan bukan..Itu cuma “average”.. yang diberitahulah.
Kenapa bohong?Ini yang aku rasa la..yang aku senarai pendekkkan
- Mungkin dia rasa dengan berbohong dia akan mendapat sedikit nama.Angkat diri.Orang memandang dia tinggi melangit.(ptuih)..Dia terserempak dengan awek persis maya karin nasha aziz,lantas dia terus” approach” kat awek itu bahawa dia C.E.O satu syarikat..Agar dapat menarik perhatian awek itu?
- Dia menipu untuk menutup kesalahan, agar tiada kelemahan yang nampak? ” Bos,kerja itu lagi sikit jer nak siap.Bulan depan saya submit .Esok saya submit.”..Itu pada aku tutup kelemahan yang ada.Dengan memberi satu kenyataan agar tidak dimaki hamun oleh orang lain.
- Dia menipu untuk mengambil hati seseorang yang dia cukup jaga hatinya.”Hari ni awak nampak cantik la.” Kalau betul memang cantik takpe la,ini ….heh,malas aku nak cakap…
- Dia menipu untuk keseronokan diri “Mak,i nak gi tuisyen”..padahal pakai seksi habis sampai terkeluar cleavage (please dont click diz link in daytime) pastu bonceng motosikal laki keliling pekan sehingga dihabiskan sisa malam dirumah bujang yang berpenghuni ramai..
Lain,lain kau orang pikirkan dan kasitau kenapa perlu ada pembohongan?Aku bukan nak menghentam sesiapa.Aku ada pantang sikit kalau orang menipu.Kalau kau menipu aku tak tau, ok lagi la..Tapi,aku dah tau kau menipu,tapi bila ditanya lagi,kau tetap menipu sekali lagi,apa prinsip kau sebagai manusia yer..Pesanan bos lama aku”jika nak menipu,tipulah secara professional,beretika”..yang mana pro,yang mana tipu etika pun aku tak berapa pasti..dia tak terangkan la pada aku semua itu.
Jadi ingatan untuk diri aku sendiri,untuk kau yang membaca sebagai rakan-rakan aku, serta kau kau diluar sana yang pernah menipu aku…”Menipu berpada-pada,jangan sampai orang sumpah seranah hidup kau”..
notakaki:tiada perasaan hasad dengki mahupun dendam terjadi semasa post ini ditulis.Cuma teringat kisah lama sahaja.
judges lagi dua orang nie bila nak submit.Sian woo diorang tunggu hadiah..Aku kalau boleh sebelum raya nie,lepas gak diorang bayar petrol.Pesanan untuk si dia juga yer.
Aku sayang sama cik puan aku..ini aku tidak tipu.
Aku juga sayang sama kau kau yang baca blog ini..jadi,marilah kita bermaafan.Sebab kalau kita sayang,kita maafkan.maka korang semua aku maafkan kalau ada silap serta maafkan aku kalau aku buat silap.



12 Comments
walah… aku dh terklik link yg ko bg. ciss… apakah ini sebagai satu perangkap untuk menduga iman aku. wuhuhuhu
bagi aku walau bagaimanapun kita memang tak dibenarkan menipu. tu sebab Nabi pernah bersabda lebih kurang gini maksudnya “berkata benarlah walaupun ianya sesuatu yang pahit…” <— tlg betulkan kalau aku salah.
tapi dah jd perangai manusia untuk sentiasa memberi alasan. kerana suka memberi alasan membawa kepada penipuan…
[Reply]
sudah add link iEn dalam ur blog? kalau sudah baru ien tambahkan
[Reply]
ien: sudah ada itu link la ien..di blogikus fame..
syam: ahha…aku sudah bilang..jangan klik..tiada agama yang benarkan penipuan..itu sudah pasti..er,kalau ada agama lain yang benarkan penipuan,aku mintak ampun
[Reply]
Aku dah tengok citer 4-5 kali… best … yang penting jangan menipu!
[Reply]
Pergi cari cd atau dvd cerite “Thank you for smoking” Boleh belajar daripada Nick Nolan bagaimana untuk buat perkara 1,2,3 dan 4 tanpa menipu.
[Reply]
just nak add…thinking out of the box..
penipuan x mesti kluar dr mulut je..
contoh ( contoh je ni eh) : permpuan skang gune kolagen/botox/surgery-satu bentuk penipuan jugak tuh. penipuan moden..huhu…
najlaas last blog post..Blogging - Yang Tak Mungkin…tapi Hakikatnya…
[Reply]
link apakah itu? malas nk klik sbb nk p tido.. hehehe
!x0r@s last blog post..happy..happy and happy birthday!!
[Reply]
haha. karya akoo kat belog adalah karya licik. bukan teapoo. hanya jauhari mengenal manikam. hehehe.
ps: tikus gua pandai klik link kat atas la… tepat kul 1040, berlaku kekurangan pahala puasa, apabila smpi 10 page dibelek. cisss.
Extremist Thinkers last blog post..Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti
[Reply]
ekekeke. lame tol akoo nk tgk belog nie jd lawa. nah. lawa pun.
Extremist Thinkers last blog post..Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti
[Reply]
singgah sini kejap ya. hehe
KNizams last blog post..Steamboat Tomyam, Nasi Goreng Cina, Ubi Kayu Sira Kuning, Air Mata Kucing @ Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, KL !
[Reply]
ET:tetikus aku pun sama…dia nak tau apa yang ada di page 10.
knizam: owh..jalan2 cuti malaysia..jalan2 blog hopping
[Reply]
hehe. berbohong itu tidak baek..walapun bohong sunat.
tunepals last blog post..Colon Cancer? Huh!
[Reply]