Dikala dunia mengalami kegawatan ekonomi,kerajaan pula memberi satu berita gembira kepada rakyatnya.Minyak petrol diturunkan sebanyak 15sen dan diesel sebanyak 20sen.Tapi harga barangan masih ditakuk lama.Apa kejadahnya!!Kau wahai peniaga masih tidak erti lagi keperitan rakyat?Kau yang dimaksudkan aku adalah para peniaga yang menaikkan harga barang akibat kenaikan harga minyak 4 bulan lalu.Cis sungguh kau.
Aku cuma berharap,dengan penurunan harga minyak ini,kerajaan tidak menanggung apa-apa akibat dari kegawatan ekonomi global.Yer,dari dulu rakyat asyik berbalah tentang harga minyak.Adakah harga minyak penentu siapa yang bakal menjadi Kerajaan Malaysia? Kalau begitu,orang yang boleh jadi PM adalah Hassan Merican.Haha.Sebab dia orang paling berkuasa dalam Petronas.
Cerita lucu minggu ini adalah,Shah Rukh Khan dapat Datok dari Kerajaan Melaka?Haha..Aku masih ketawa memikirkan hal ini.Kenapa? Sebab dia sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa pembangunan kepada Malaysia.Jumlah pelancong yang datang ke Malaysia unjuran tahun 2006 dan 2007 menunjukkan bahawa pelancong dari India bukan berada di tangga teratas.Thailand,Singapura dan Brunei Darul Salam paling banyak.Indonesia juga begitu.Nah,kau semua nampakkan.Bahkan pelancong dari Japan dan China lebih banyak melawati Malaysia berbanding India.Owh,kau kata sebab dia banyak buat penggambaran di Malaysia? Kenapa tidak kau berikan darjah kebesaran kepada Yasmin Ahmad atau pengarah-pengarah Malaysia yang sudah pasarkan filem ke luar negara? Jika aku Shah Rukh Khan pun,aku tak tau apa kegunaan Dato di peringkat dunia berbanding gelaran Sir dari British.Itu kalau aku Shah Rukh Khan.Tapi oleh sebab aku rakyat Malaysia,gelaran amat penting untuk mereka yang mempunyai perniagaan *batuk*batuk*.
sumber:Tourism Malaysia
Suspek buang anak di Masjid Terapung!Aku cuma mampu beristigfar sahaja bila mendengar berita itu.Sesungguhnya kau adalah insan yang paling hina di mata aku.Sudah kau mengandung,kau buang di masjid.Rumah Allah.Subhanallah.Apa jenis manusia la kau nie. Kalau betul pun kau kemaruk seks dengan pasangan kau,tidakkah kau tahu satu produk bernama kondom.Pil perancang serta banyak lagi.Gunakan enjin carian untuk mengetahui cara-cara yang praktikal untuk elakkan kehamilan.Bodoh.Baghal.Moga kau bertaubat lah wahai insan.Dan kepada Pihak berkenaan,takkan tahan wanita je?Dia takkan buat tanoa pasangan.Dan kau wanita tersebut,takkan sama-sama sedap,pastu yang terseksa kau seorang.Babitkan la sekali.Dua-dua kena.Dua-dua dihukum.
Kepada kau kau kau semua yang menghadapi peperiksaan,aku doakan kau semua berjaya dengan jayanya.Aku cuti belajar lagi.Semester Januari baru aku masuk balik.jadi,kita enjoy dahulu……



16 Comments
lamanya cuti?
kadang2 kita naik muak dengan berita buang bayi nie..
dorang nie tak de perasaan ke?
menteils last blog post..mEntEiLs Blog Contest
[Reply]
hari tu aku ade ber”ym” ngan seseorang tu katenye malas nak gune keyword “datuk shah rukh khan”.. tapi aku lupe la siapa orangnya tu.. hahaha
[Reply]
pergghhh~ lama cuti belajar. hehe. macam kenal jer bas causewaylink nombo 99 tu. huhuhu
Darkz05s last blog post..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008!
[Reply]
tambahan…
seorang MP mencadangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di tukar nama kepada Akta Kasih Sayang. WTF!
aeropama dot coms last blog post..Mari Meniru
[Reply]
awal sangat judgement yang awak buat azam.. saya rasa si ibu tu mungkin tak sanggup nak tinggalkan baby dia kat masjid tu. tapi mungkin sbb desakan yang kita tak tahu apa dia buat macam tu. dan rasanya dia masih ada rasa kemanusiaan pasal tak tinggal kat tempat2 sebarang macam kat area sampah ke. tu baru buang namanya.. tapi dia memilih masjid.
pasal harga barang still naik. cuba fikir siapa majoriti peniaga di malaysia? saya bukan racist.. tapi memang all these while diorang pentingkan diri sangat2.. hmm.. tak ke?
nonos last blog post..Tired for being tired
[Reply]
menteil:itu la..wat apa dicipta kondom kalau tak digunakan.bila dah jadi camni…cam cii…
emptyspace:yer la dok..gua la insan itu…hahah..cari makan..ahhaha
darkz05:ntah…aku shot kat masai…bas area situ kot.cuti belajar lama2 nie tak bagus.hati dah rasa malas balik
syam:politik syam..politik…cam gampang ah sekarang.akta kasih sayang?ahhah,masuk dalam dibelai ke???
xmindfreakxs last blog post..Cerita Minggu Ini di Blogikus.Com
[Reply]
nono : buang bayi tetap dipandang hina.pada aku,tak kira apa alasan si ibu,dia tak harus buang bayi tersebut.banyak lagi manusia yang ada peri kemanusiaan untuk menjaga bayi tersebut.tempat kita ibadah dicemari insiden macam nie,aku tetap tak boleh terima…
xmindfreakxs last blog post..Cerita Minggu Ini di Blogikus.Com
[Reply]
pasal anugerah dato kat shah rukh khan tu..aku mmg xpuas hati..ape la sumbangan dia smpi nak bg anugerah..dah la xdtg time penganugerahan tu..
Mohd Hafifis last blog post..Aku Dan Conference
[Reply]
yang lain dah puas pakcik komen.. just nak tanya.. gambar awek mana tuh..
Uncle Gs last blog post..Spybot-S&D : Perlindungan Tambahan Windows Anda
[Reply]
dekat hot fm ade sorang peruncit ni kate,
barang kalau dh naek, xboleh turun dh,
same la macam gaji.
dah naik xturun kn.
hehehe
[Reply]
Hafifi:ahah..itu pasal la..datok yang susah dapat adlah dari Sultan Johor..haha..payah nak dapat
uncle G:itu cuma snapshot shaja…menanti detik penumpang turun dari bas..
xmindfreakxs last blog post..Cerita Minggu Ini di Blogikus.Com
[Reply]
azi: tak sama…gaji naik,bergantung pada harga barang…barang naik 5x,gaji baru naik sekali..kalau ikutkan,ramai lagi pekerja berpendapatan dibawah par.
[Reply]
hmm… in some way, awak mmg betul.. memand dia tak patut letak baby yu kat masjid. mudah-mudahan si ibu tu akan rasa menyesal dgn perbuatan dia..
nonos last blog post..His name is Adam
[Reply]
saya tak sangka memang betul SRK tu dapat gelaran datuk. masa mula2 dengar tu, ingatkan gosip je. alih2 betul. terkejut saya. yelaa, senang2 je bagi gelaran datuk pada sape2 pn skang ni.. nampaknya gelaran tu dah macam tak bermakna sbb berlambak orang boleh dapat gelaran datuk.. hmm..
[Reply]
wah..ada sekeping gambar candid disitu….hehe
chots last blog post..fhoto blog!
[Reply]
[Reply]