Aku dapat idea dari Syam . Mari sini kau kau kau baca diari Syawal aku .Mungkin tidak semeriah yang lain.Hahha…
29 Sept 2008
- aku bekerja seperti “biasa”. Maksud biasa disini adalah waktu kerja aku bertambah dari pukul 8 pagi hingga 8 pagi keesokkan harinya.Jalan-jalan utama dalam berkeadaan baik.Kenderaan kurang di setiap jalan bawah kawalan aku.Habis kerja pukul 3 pagi.Lagi 5 jam berikut,aku sudah diambang mimpi kepenatan.
30 Sept 2008
- masih lagi bekerja seperti semalam.Kuih dan muih sudah dihantar ke rumah ibu bapa.Keperluan memasak seperti bawang,kentang,minyak dan sebagainya juga sempat dihulurkan.Lantas memantau keadaan jalan-jalan utama.Hahah…kereta pada masa ni,cukup banyak.Cukup pantas sehingga menyumbang beberapa kemalangan kecil-kecilan.Petang,kereta buat hal.Pam Klac buat hal..Melayang Rm180 sehari sebelum raya.
1 Oktober 2008
Balik dari kerja,jam menghampiri pukul 4 pagi.Layan Winning Eleven terbaru dengan sepupu aku.Mandi,pergi solat.Balik solat,salam2 bermaafan dengan semua pengunjung dan penghuni rumah.Lepas tu,tido tanpa batasan.Hahah..tetamu yang berkunjung langsung tidak dihiraukan.
2 Oktober 2008
Berkesempatan untuk memandu seorang diri pulang ke rumah nenek.Perjalanan memakan masa 2 jam sahaja.Balik saing pakcik.Lantas berdua melayan diri memecut antara satu sama lain.Haha.Tapi sebab dia pangkat pakcik,aku rela cucuk rapat kereta dia.Destinasi Segamat.Hujan turun dipertengahan jalan.Tapi kelajuan masih tidak diturunkan.Ape da..Selamat aku bukan penyumbang statistik Ops Sikap tahun nie.
3 Oktober 2008
Berhari raya di rumah rakan lama.Rakan di sekolah teknik.Perempuan.Aku dajalkan dengan berkata datang dengan famili sekali.Haha.Siap soto dibuatnya.Dikata,rombongan merisik.Menggelepar dah dia.Sudahnya,air manis berkarbonat dihidangkan.Kuih-kuih habis aku telan.Petang,di Kluang,makan tengahari di McD.Jumpa rakan baik aku MR.Ben.Ikut beraya dirumah kawan dia yang cukup peramah.Cukup comel.Ahha..Tapi serius,apa kerja dia,definisi kerja dia aku kurang paham.Yang aku tau,dia dalam bidang biotech.Ahaha..Sorry miss iza fajarul hawa bt ismail.Aku kurang mendengar sebab kau cakap terlalu pantas untuk telinga aku menangkap butir2 itu.AHhaa…aku sudah jumpa link wordpress kau.Yeay..dan dengan kau juga aku tahu dunia blogger cukup kecil.Aisyahrozi pun kau tahu..Kemudian,rumah Sue ( rakan ben ) jadi destinasi.Beriani jadi habuan serta sesi mengambil gambar famili.Aku cuma bertugas memengang lampu denyar (flash) sahaja.Malam,lepak-lepak bersama jejaka.Berbual tentang hal lama.99 peratus cerita awek-awek hot zaman sekolah.Habis semua cerita dikeluarkan.
4 Oktober 2008
Sama seperti hari sebelum raya.Kerja meronda.
5 Oktober 2008
Sama seperti diatas.
Kesimpulannya ialah,aku kerja sahaja minggu nie.Aku meronda jalan-jalan utama di daerah kluang.Memastikan tiada kerosakan jalan yang kritikal serta tiada kemalangan jiwa berlaku.Ah,bosan kan hari raya aku.
ps:KEPADA KAU KAU KAU SEMUA,AKU HARAP TIADA KEMALANGAN YANG BERLAKU.KALAU BERLAKU KEMALANGAN,KERJA AKU CUKUP LECEH.KENA BUAT LAPORAN TENTANG KEMALANGAN.ADAKAH SEBAB JALAN ATAU SEBAB KENDERAAN ITU SENDIRI.
Sekian dari aku yang berkerja siang malam.Kerja tanpa OT.Hanya ganti cuti sahaja.Tapi mana sama dengan cuti raya kan…………






17 Comments
lorhh..ciannye huhu sabar2..
cuti saya pun xbest jgk..boring je
[Reply]
ahhaa…cuti raya bosan sebab xder xtiviti tak sama dengan terpaksa x cuti raya..
[Reply]
Raya ni saffa duk umah jer……
saffas last blog post..Yay! Final Semester Exam Madness Is Coming
[Reply]
duduk rumah dapat duit raya tak…kalau duduk rumah,masih mampu collect duit raya..ape ade hallllll..
[Reply]
ps: mula-mula aku teringin nak buat diari sampai hari ke 3 syawal. tapi kisahnya terlalu panjang. jadi aku pendekkan pada malam raya saja. hu3
aeropama dot coms last blog post..Global Positioning System (GPS). Baru Aku Tahu Nilainya.
[Reply]
Wah ada diari tu..
Aku raya pertama je ..
Lepas tu duk umah je..
zools last blog post..Jadi kaya dengan mengemis
[Reply]
aeropama & zool : nampak sangat raya tahun nie kau semua sama ngan aku..kurang meriah…..ahhaha..mungkin sebab pertengahan minggu kot.
xmindfreakxs last blog post..Diari Raya Xmindfreakx!!
[Reply]
ko dah mula kerja la ni ye..
chots last blog post..setahun sudah berlalu..
[Reply]
haha seharian ko tido ek.
aku pun kadang tido gak petang raya. penat siot
KNizams last blog post..Beraya Sakan Kami Raya Kali Ini⦠Sebab Ada TV LCD 32 Inch Samsung Baru ! Weeheeeee
[Reply]
ko keje ape wey??
mcm sama je ko dgn abg2 aku, pagi2 raya duk kecoh main winning eleven.ko kecoh ke x ms main 2?
callisters last blog post..Happy Birthday to Life4Hire sayang..
[Reply]
raya pertama boleh layan tido je.. bagus gak. takyah bagi tetamu duit raya kn?
myadlans last blog post..Kami The Movie (2008)
[Reply]
Aku cakap laju ke? Hahaaaaaaaa. In business you have to speak fast so that people don’t get bored, mind you. Sori yeh, terbawak ke beraya plak professionalism itu =P Anyway Encik Azam si Pro-Nikon, it’s IZZA (dengan sabdu pada huruf zai) dan saya bekerja sebagai penjual baja organik, sekian terima kasih. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.myagrigroup.com.
Bolehkah jika sekiranya saya mendapati gambar-gambar selebihnya dari sesi photoshoot di Kluang?
[Reply]
weh.. berisi la tu..
hak3.. kesian perempuan yang didajalkan tu. sure dia akan tunggu kau hari raya tahun depan. hahah
alones last blog post..Plan, plan and plan again
[Reply]
callister:aku peronda jalanraya..korang semua buat aduan,aku yang kena counter.WE,semamangnya kecoh…
myadlan: hahahaa..aku cuma kasi duit kepada kaum keluarga sahaja..kawan2?ahhaha..goda aku dulu
izza: yer2…double z.yer…aku ingat..baja sahaja…hahha…nanti aku send email kat kau..xpun,aku kasi Ben
alone:tahun depan mungkin aku x beraya dirumah dia..ahhaha..nanti x best..xder idea nak kenakan orang.
[Reply]
Selamat Hari Raya..
[Reply]
Oh aku kenal gadis tudung pink itu..
Razalis last blog post..Panorama Siri II
[Reply]
kau kenal ghadis bertudung pink itu?ahha…ayu beb dia…memaksa aku makan laksa sekian lama tidak dijamah..
[Reply]