
Semalam majlis pertunangan rakan satu opis aku.Bertempat di Pt.Raja,Batu Pahat Johor.Heh..Baik sang laki,mahupun sang wanita,dua-dua satu syarikat.Dua-dua masuk awal tahun nie.Bila bercinta pun tidak diketahui,alih-alih majlis pertunangan dilangsungkan.Haih…Topek (taufik iskandar),pandai sungguh kau simpan rahsia eh.Jika aku masih diberi kesempatan untuk mengambil gambar kahwin kau,aku sudah memikirkan TAGLINE untuk album kahwin itu “CINTA ITU TIDAK BUTA,CINTA ITU SEPET SAHAJA” memandangkan mata kau yang sepet itu.Kepada si wanita,terima kasih kerana memberi “berkat” untuk dibawa pulang.Majlis tunang pun ada “berkat” eh.Aku pikir majlis kahwin jer..
Balik rumah,ibu bertanya,”asyik ambil gambar orang jer,sendiri tuh bila?”..Eehhee…kan sudah di bilang,lagi 3 tahun.Habiskan dulu pelajaran sambilan itu.CIk puan pun dah merancang untuk ambil “prof cert” kan.Jadi biarkan masing-masing penuhi komitmen yang dirancang..Takkan lari pelamin dikejar…Banyak lagi wei yang perlu dibuat.Haih…:mengeluh:
Kau kau kau semua,entri ini entri kosong.Tiada pengisian didalamnya.Cuma satu luahan kepenatan serta pemberitahuan kepada kau kau kau semua bahawa kawan aku sudah bertunang.Serta jika kau berminat untuk mengupah aku,silakan hubungi aku yer…Jika kau kau kau mahu ajak outing untuk sesi photoshoot pun aku rela untuk ikuti.Heh..
notakaki:gambar diatas diambil dengan 50mm1.8,olahan photoshop dengan level,adjustment ke bnw,serta sedikit olahan mata yang nampak macam ok.


6 Comments
u bile lg b?..ekekkekek..
nanti u kawen i jd pengapit u eh..eh..?
[Reply]
cantik gambar tuh.. ermm pakai 50mm 1.8 ekk.. pakcik pon tgh kumpul duit nak angkat macam nie gak… harap menteri kewangan luluskan lagi perbelanjaan tahun nie
Uncle Gs last blog post..Ini cerita aku
[Reply]
tak ada gambar2 best yang nak dishare ke?
nonos last blog post..Something to ponder upon…
[Reply]
haha…nono…gambar masih dalam editing lagi..jadi tak boleh share..lagipun itu hak client,kena tanya dia dulu..ekkeke
[Reply]
tahniah.. semoga sampai ke pelamin..
gambar tu cantik.. haha
[Reply]
uncle G : 50mm 1.8 lense paling murah…boleh kot..lense2 yang lain mahal bebenor.Konfirm x dapat kelulusan.
kekasih cerahmu: jadi pengapit?haha…pengapit hanya untuk ghadis2 hot..isteri orang x boleh…u jadi wed planner eh..
alone: terima kasih..hehe….betol..moga sampai ke pelamin serta amik aku jadi oficial photographer..ahahhaa
xmindfreakxs last blog post..Selamat Ter”ikat” Kawanku!!
[Reply]