
photo by WAFA
Dunia benar-benar tercabar dengan perilaku negara Israel.Serangan tanpa henti kepada penduduk Palestin yang tidak berdaya.Wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa kepada kekejaman kali ini.Serangan dengan bertujuan untuk menghapuskan Pejuang Hamas adalah cukup tidak relevan.Yang menjadi mangsa adalah penduduk biasa.Bangunan-bangunan asas seperti masjid dan sekolah yang menjadi sasaran.Ehud Olmert,kau berjaya membuatkan PBB bersidang kembali.Kau,Bush,berjaya membuatkan Muntadar Al-Zeidi di beri hormat kerana berjaya memalukan kau di khalayak ramai.Dan kau,Barrack Obama,silalah kau membuat keputusan yang dianggap ajaib (miracle) oleh dunia dengan menghentikan keganasan ini.
Dan kepada kau kau kau rakan-rakan aku semua,sama ada kau beragama islam atau tidak,yang penting kau bangkang keganasan,mari kita salurkan sedikit sumbangan kepada mereka di Palestin.Bukan sumbangan untuk mereka membeli senjata,tetapi atas dasar kemanusiaan.Untuk bantuan perubatan mereka.Untuk bantuan kewangan mereka.Agar mereka berdaya untuk kembali bangkit mempertahankan diri mereka.Amin.Dan,sama-samalah kita titipkan doa agar keganasan ini dihentikan.

nota:aku terpaksa menahan diri agar tidak keluar carutan biasa semasa menulis entri ini.Bila perasaan marah serta sebak menguasai diri,maka sudah psti amarah akan terasa semasa menulis.Tulisan-tulisan carut banyak kali dipadam semasa menulis entri ini.Sekian terima kasih wahai rakan.Kerana membaca entri ini.
nota no 2 :pelik,dulu disuruh rakyat iraq memilih kerajaan sendiri.Katanya kerajaan Saddam Hussein bukan pilihan rakyat.Tapi,Hamas adalah pilihan rakyat setelah menolak kerajaan Fatah yang dikatakan mengamalkan rasuah.Bila kerajaan pilihan rakyat juga kau serang,itu yang pelik.Tak demokrasi kau serang,demokrasi pun kau serang.
nota no3: aku mahu boikot.tapi,bila aku pikirkan kembali,jika boikot terjadi,berapa ramai saudara se agama aku akan kehilangan kerja.Berapa ramai saudara se agama aku akan merempat.Berapa teruk ekonomi kita akan jatuh.Dan jika ekonomi kita jatuh,negara kita gawat,adakah suara Malaysia akan kedengaran di telinga Dunia?haish…jadi aku kurangkan untuk membeli barangan mereka dengan harapan ekonomi penyumbang ini akan tergugat.Hai…berbelah bahagi plak hati nie.


8 Comments
betul tu bro…boikot kurang memberi impak kepada mereka…hanya doa dan solat hajat yang dapat membantu mereka
kazdos last blog post..BOIKOT FOTOPAGES
[Reply]
boikot…boleh nak boikot,tapi jangan saudara-saudara sekeliling kita pulak menderita..boikot sahaja..
er,fotopages?hahah….check sekali flickr
xmindfreakxs last blog post..Selamatkanlah Mereka!!
[Reply]
kalau nak boikot,mmg alamat mcm tak makan la jawabnya..
kalau naka atasi or kurangkan masalah tu,buat produk sendiri.jenama Islam.
yang betul2 Islam,bukan yang kat belakangnya masih ber’bos’kan mereka yang kejam tu…
lebih banyakkan produk Islam la…
sama2 doakan semua penderitaan ni berakhir…amin
ikas last blog post..bersawang la oi…
[Reply]
admin (174 comments) Reply:
January 15th, 2009 at 5:30 pm
@ika, yah…cik ika..lepas nie,naikkan nama tempatan..jenama islam
[Reply]
sekarang ni dah banyak alternatif.
contohnya radix fried chicken untuk gantikan kfc.
Ya Allah, selamatkan saudara2 kami di sana. Amin.
alones last blog post..Shut up your mouth, please!
[Reply]
admin (174 comments) Reply:
January 15th, 2009 at 5:29 pm
@alone, ya…cantik jika ada pengganti untuk jenama2 ini…sokonglah barangan tempatan
[Reply]
kadang2 aku rasa masakan tempatan lagi best la. hehe
KNizams last blog post..Ya Engkau Yang Tengah Baca Blog Ni ! Sila Berhenti Dan Dengar Nasihat Ini….
[Reply]
Kelemahan ‘kita ‘ adalah tidak bersatu, berpuak-puak..
Inilah yang mudah digunakan oleh musuh Islam..
Aku takut negara kita akan jadi seperti mereka jika kita masih begini..
Wallahualam
zools last blog post..Popularkah anda?
[Reply]
komen utk nota 2:
tak kira siapa pun yg memerintah, si laknatullah tetap akan serang sbb dia fikir palestin tu tanah diorg.mmg muka tak malu sbb Allah sendiri dah bgtau yang si laknatullah tu takde tempat kat muka bumi.
for me, diorg snanye pengecut.tak berani nak bedepan dgn mujahedeen, sbb tu gaya seorg penakot menembak dari blakang, atas dll. mmg kaum pengecut!
zanuruls last blog post..apabila satu nikmat ditarik..tarbiyyah direct dari Allah
[Reply]
israel mmg sial la…sian dowh aku tgk ..
Faizs last blog post..7 Social Networking Yang Boleh Korang Sertai ! !
[Reply]