Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat YB cepat
Pergi MC dapat tukar parti
Lompat si katak lompat
Lompat atas papan
Cepat YB cepat
Lagi cepat tukar kerajaan
Lompat si katak lompat
Lompat atas dahan
Cepat YB cepat
Dua-dua pihak dah tak tahan
Lompat si katak lompat
Lompat dalam sampan
Cepat YB cepat
YB lain berani nak saman
Ahha..ini cuma sedikit seloka je yer.Tidak berniat untuk menghasut.Maafkan aku jika ada pihak yang terasa.Dalam mood cuti,aku masih mengikuti cerita yang terjadi.Kerajaan satu negeri bergolak.Satu pihak menyalahkan satu pihak lain.Satu lagi pihak,menuduh pihak lain membuat onar.Sama-sama pihak,bergolak atas dasar tiada persetujuan dalam satu perkara.Habis dilupakan kisah sengsara di Bumi Gaza.Tidak habis cerita panas,ada pulak kekosongan kedudukan Parlimen di Bukit Gantang.Takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarham.Moga Allahyarham berada digolongan yang diredhai-Nya.
Dulu,kisah lompat-lompat ni popular akibat dari provoksi sang juara yang baru lepas dari tahanan.Dia berkata ada ahli parlimen kawasan Timur akan melompat parti lalu memberi panduan kepada kerajaan sedia ada untuk bersiap sedia serah kuasa.Lantas di canang 16 September untuk pertukaran kerajaan.Di canang untuk ketua parti kerajaan sedia ada untuk bersiap mengosongkan pejabat.Katanya,dia akan ke istana untuk meminta perkenan DYMM yang di Pertuan Agong untuk majlis anggota kabinet bagi kerajaan baru.Rasanya waktu itu,tiada isu tentang pilihanraya semula jika pertukaran kerajaan.Tetapi bila terkena pada rakan-rakan seperjuangan,lantas dihambur dengan kata ia tidak sah.Ia perlu dibuat pilihanraya.Katanya,ikut kata rakyat.Cuma aku terfikir,adakah jika terjadinya peristiwa 16 September seperti yang diwar-warkan dahulu,adakah pihak tersebut akan membuat pilihanraya semula?Ataupun terus dengan agenda sedia ada.Ketua parti kerajaan sekarang perlu mengosongkan bilik kerana pihak itu sudah dapat perkenan istana?
Bila senario ini berlaku,berlaku perbalahan sesama sendiri.Rakan sejawat yang dahulunya mengenggam erat tangan menuduh rakanya atas perkara yang berlaku.Rakannya yang dahulu disokong sebagai ketua,disuruh letak jawatan.Dikatanya,dialah yang membawa revolusi lompat-lompat ini.Jika dahulu disokong sebulat suara,sekarang sudah bersengketa?Dan rakan yang menuduh ni pulak dengan lantang dan berani ingin menyaman pihak istana.
Bagi kerajaan yang baru sekarang,dahulu semasa pihak pembangkang mengwar-warkan cerita lompat parti,mereka dengan lantang membantah.Alasan,jangan menipu rakyat yang diwakilinya.Sekarang,ini pulak yang diguna pakai.Yer,aku tahu.Kamu akan berkata,terpulang kepada wakil.Mereka tahu pihak mana yang lebih terjamin dan lebih berjaya.Terbukti.
Aku tidak menyokong mana-mana pihak.Cuma pesan aku sebagai golongan minoriti dalam dunia politik,jangan salahgunakan kepercayaan rakyat.Pilihanraya penentu segalanya.Tak lama masa itu.Lagi 4 tahun jer lagi.Manusia ni,ada yang jenis tak melihat kebaikkan orang lain.Kalau dah berbuku dihati,maka 4 tahun lagi dipangkahnya yang lain.
Aku cuba sedaya upaya menulis tanpa pembabitan nama atau apa jua sangkut paut yang ada.Ini cuma pendapat aku.tiada unsur hasutan dimasukkan.cuma sedikit yang diminta.Berfikir sebelum memberi komen ya.
ralat:kes sekarang nie,tiada lompat-lompat parti…mereka adalah bebas yang menyokong pihak yang baru.
Kau mahu baca pandangan yang lain?
lawyer kampung : Sini


5 Comments
mendalam betul seloka tu. uhu.
pilih yang betul2 ikhlas.. bukan yang berjuang untuk kepentingan diri
alones last blog post..Boost Traffic to Your Site
[Reply]
admin (174 comments) Reply:
February 13th, 2009 at 3:18 pm
ahhaa…dalam mana jer seloka itu..lagi pedih lihat senario sekarang
[Reply]
alone (26 comments) Reply:
February 15th, 2009 at 9:30 am
apa boleh buat.. semua nak isi poket sendiri je
alones last blog post..I got a MobileTV.. how about dropshipping?
[Reply]
dramatis, puitis, critis..heheheh

lydiarayyans last blog post..more than words….aissh~~
[Reply]
xmindfreakx (88 comments) Reply:
February 17th, 2009 at 9:05 am
@lydiarayyan, biasa la…pilitik skang ibarat ceritera dongeng yang menjadi realiti
[Reply]
pandai awak relatekan seloka itu dgn isu semasa. tak sangka awak classic jugak yea azam…
maaf saya tak tahu nak comment atau nak ulas apa. isu yang sangat berat bagi saya. tetapi saya ada tahu sikit2 ttg isu ini dan saya setuju dgn part ralat tu, isu nya sekarang bukan pada lompat-lompat parti tetapi lebih lebih menjurus pada kebebasan untuk menyokong pihak yang baru
nonos last blog post..this entry has no title because it is too random…
[Reply]
xmindfreakx (88 comments) Reply:
February 17th, 2009 at 9:06 am
@nono, hahah…saya classic?so,cik nono mengatakan saya oldies?whaohahhaa…
[Reply]
ade org kata,
“lompat ke PR mulia …
lompat ke BN hina …”
adoi…. kllu nk keluar ape2 l=kenyataan pon,
biarlahh adil … klu pandangan melompat parti itu tidak baik,
hatta pindah ke mana pon mestilah tidak baik …
sama kesnya suatu masa dahulu
“undi BN masuk neraka,
undi PAS masuk syurga”
bagi adil …lgpun bukan kamu yg menentukan syurga neraka, baik buruk seseorang.
[Reply]
xmindfreakx (88 comments) Reply:
February 17th, 2009 at 9:07 am
@akmal, ahli politik kan pandai bermain kata..kita sebagai rakyat kena la pandai2 mendengar kata2 gak
[Reply]
menarik btul seloka tue..huhu
amans last blog post..Pembangunan WordPress 2.8 Sudah Di Mulakan
[Reply]