
credit:Icu.gov.my
Korang dah lama x dengar aku cerita kan.Ni aku ada satu cerita untuk korang semua wahai kawan-kawan ku.Pernah dengar Bangunan sultan Ismail(BSI)?Kalau tak, tujukan tetikus dan klik disini (BSI:GOOGLE)
Hari ahad lepas,aku hadir kelas seperti biasa di OUM JB.Sekali,aku tersalah masuk jalan.Terus ke dalam BSI.Ah,mampus.Nak undur tak boleh plak.Pengawal tidak membenarkan untuk aku mengundurkan kereta serta memandu melawan arus yang hanya tidak sampai 50 meter sahaja.Alasanya,bahaya.Dia menyuruh aku pandu ikut arus,bermakna aku kena ikut arah kenderaan masuk ke Singapura.Owh,bukan aku sorang sahaja yang terkena macam nie.Ada 3 buah kenderaan yang sama macam aku.Semua tersalah lorong lalu masuk ke BSI.Jadi seperti layaknya orang nak masuk ke Singapura,semua aturan aku kena ikut…haish
check point pertama:imigresen
Pak Imigresen : Encik,sila tunjukkan pasport.
Aku:Bang,saya salah masuk nie.Saya nak patah balik ke Johor.Pasport tak bawak langsung.
Pak Imigresen:Camne boleh salah masuk?Haish,bak sini IC
Aku:Silap simpang.Nak songsang,ada polis plak.Pengawal pun x bagi.(sambil hulur ic)
Pak Imigresen:(tengok IC) Encik jalan tegak,lalu kat kastam..nanti cakap ngan dia,encik nak patah ke JB.Jangan amik lorong ke woodlands
Aku: Ok.
Ceh,memang aku lalu kat kastam.Tapi haram ada kastam yang cek kereta aku.Hampeh.Dah aku ikut lorong ke Woodlands sebab lorong ke JB ditutup.Kewak.Jauh tuh nak pusing.Jumpa plak 2 orang pegawai trafik sedang buat operasi.
Aku: Encik,jalan nak patah balik ke JB ikot mana?
Trafik:Depan ada tempat u-turn.Ikot situ.Dah,jalan cepat,saya tengah buat operasi.Jangan kacau.Jalan-jalan.
Fuh,selamat aku dapat patah balik.betul2 sebelum imigresen dan kastam Singapura.Tapi,waktu balik pun sama.Aku terpaksa mengikut trafik dari Singapura.Terpaksa harung segala kesulitan dan kesesakan seperti mana kenderaan dari Singapura.Ini termasuk membayar duit tol sebanyak Rm2.90 ( gunakan touch n go yer.tiada cash money).Dan waktu balik pun sama.Aku “sepatutnya” kena cek dengan kastam.Tapi,dari awal aku masuk BSI sehingga aku keluar BSI,tiada satu pun pihak kastam datang cek kereta aku.Semua berjalan lancar sahaja.Cuma traffik yang teruk menyebabkan aku sangkut dekat 40 minit.Kalau tak,rasanya 5 minit jer semua urusan.
Kenapa pihak kastam tak buat pemeriksaan?Kalaula ada seludup dari singapura dan mereka buat seperti aku,”saya tadi tersalah lorong,ni nak patah balik jer”,konfem pihak kastam tak cek.
Dan tips untuk korang ke Singapura..Pastikan ada kad touch n go.Xder kredit takpe,ada lorong untuk top up.
Aku demam.Tapi sempat lagi tontong torres,gerrard dan dossena jaringkan goal.Hujung minggu nie,team cik puan dan team aku nak berentap.Yeah….apa mahu di judikan yer..whoahahaha


8 Comments
BSI = bangunan sultan ibrahim.. tak baek samekan BSI ngan ciq tu.. huhu..
si firdaus saniman pun pernah tersalah masuk.. wakaka.. cerite die same cam ko.. bersabar lah..
[Reply]
admin (174 comments) Reply:
March 11th, 2009 at 6:24 pm
@emptyspace, firdaus saniman..macam pernah aku dengar..whoahhaa…dei..ada aku kata BSI itu CiQ..tags tak kira la…itu saje bahan tambahan..mana tau ada yang sesat.whoahaha
[Reply]
dapatlah ko jalan-jalan atas tambak johor tu ye. kool habis!
ps: nape ko tak ambil gambar pemandangan dari tambak johor. mesti cun habis kan?
Syams last blog post..Hujan, Awek dan …
[Reply]
xmindfreakx (88 comments) Reply:
March 12th, 2009 at 8:53 am
@Syam, dei…kan aku cakap,aku tak sempat bai nak wat apa2..aku ada kelas untuk dihadiri…whoahhaha…kalau tak,mau sahaja aku berlibur diatas tambak..whoahhaa
xmindfreakxs last blog post..SN#2 : Terima kasih wahai sahabat.
[Reply]
pakcik nanti kalau sesat ke johor.. pakcik nak cari xmindfreakx..
Uncle Gs last blog post..Sony A200W untuk Dijual
[Reply]
pastikan bagitau awal..sebab takut nanti sama2 sesat.whoahahhaha…insya Allah..xder masalah pun…datang la.bawak orange lebey2..bley merasa
admins last blog post..SN#2 : Terima kasih wahai sahabat.
[Reply]
pasni jum kt wat seludup barang lak uhuhu
ikas last blog post..tanda soal? sila jawab kalau rajin. (ini bukan tag)
[Reply]
admin (174 comments) Reply:
March 16th, 2009 at 11:36 am
@ika, jum2…seludup ape?kupu2?
[Reply]
rosli (2 comments) Reply:
April 4th, 2009 at 5:54 pm
@ika, nak sludup apa gak ?
[Reply]
confuse gak kat sana eh.
bangunan canggih signboard hampeh kot
KNizams last blog post..Pergilah Sayang - Ella & Korie
[Reply]
alamak aii..
cun nyer menda nie..
fuh
mirlmes last blog post..Jay Leno Car Collection
[Reply]
luas pandangan
[Reply]