PPSMI:Dari Pandangan Aku

dsc_0110

Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Aku sokong atau tidak?Semestinya aku sokong sepenuh hati.Whoahhaa…Biar budak-budak ni belajar dari awal lagi.Supaya mereka tidak kekok pabila usia mereka menjangkau pada umur aku sekarang.Heh.Aku kan pelajar separuh masa di OUM.Kat OUM ni,pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.Aku,dalam konteks bahasa inggeris ni,kategori par sahaja..tidak dibawah par atau melebihi par.Tapi,kat sini (OUM),aku amat payah memahami pembelajaran yang diberi.Yer,bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris.Tapi,ada pensyarah yang lebih teruk dari level aku.Punya lah payah nak paham.Berkerut-kerut dahi nak pahamkannyer.Pensyarah2 ni bukan sebarangan.Umur memang lebih vateran dari aku,pengalaman kerja memang lama.Kelulusan,ada yang ijazah,malah ada yang sedang buat PHD.Jadi pada aku,masalah bahasa Inggeris tak kan timbul dari golongan pendidik ini.Tapi,mungkin sebab dari umur 7 hingga 23 tahun diajar dalam bahasa melayu,maka pemahaman mereka untuk menterjemahkan ke bahasa Inggeris mungkin tidak kena.Hai..Nasib baik segala modul dan rujukan dalam bahasa inggeris.

Kau Kau Kau ikuti perkembangan Akademi Fantasia edisi ke 7.Sabtu lepas aku lihat sedikit sahaja.Ada satu masa,Edry Hashim memberi komen.Yang buat aku teringat sampai sekarang adalah “I yang pilih u,so dont drop my water face”.Aiseh…ade ke istilah “dont drop my water face” tuh?.Bro,kau keudara secara langsung di segenap pelusuk tanah air.Hampir semua pemilik piring satelit Astro tonton rancangan tu.Tapi kau guna slanga manglish.Ape kes.Kau galakkan pelajar-pelajar tu untuk fasih dalam bahasa inggeris,tapi kau guna manglish.Haish..(er,kira manglish ker tu?).Aku gelak kuat-kuat bila dengar komen tersebut.Ntah la labu…..Transformasi kunun

Boleh kasi aku terjemahan bahasa melayu untuk term fotografi nie: shutter,aperture,flashlights(lampu denyar?)..itu baru fotografi…belum medikal dan engineering lagi.

Seperti kata TUN M,aku tetap melayu,suap nasi guna tangan,pakai baju melayu,duduk bersila meskipun aku berkata dalam bahasa inggeris.

Aku tak mahu tgk hasil PPSMI ini dalam masa sekarang,aku mahu lihat adik aku (Darjah 3) bila umur dia 18 tahun.hebat atau tidak penguasaan bahasa Inggeris dia.

Post a Comment or Leave a Trackback
seperator

4 Comments

  1. emptyspace (23 comments)
    March 23, 2009 at 8:43 pm | Permalink

    aku tak puas hati.. sebab? banyak sebab.. malas nak tulis..

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @emptyspace, kau dengan LAH memang ade jer yang x kena kan…whoahhaha

    [Reply]

    emptyspace (23 comments) Reply:

    @admin, bukan ke LAH dan Hishamuddin yang usul PPSMI?

    [Reply]

  2. xmindfreakx (88 comments)
    March 26, 2009 at 10:24 am | Permalink

    salah2…..TUN M yang usul…

    xmindfreakxs last blog post..WTS:Nikon DX AF-S 18-135mm1:3.5-5.6G ED

    [Reply]

    emptyspace (23 comments) Reply:

    @xmindfreakx, maknanya ia disokong oleh LAH dan Hishamudin.. maka kau lah bersekongkol dengan LAH.. hehe

    [Reply]

  3. xmindfreakx (88 comments)
    March 26, 2009 at 4:05 pm | Permalink

    cammon la beb..usul dari TUN.dua orang tuh cuma perlaksana..LAH cuma bekerja jer.dia bukan perancang…heh…dei..baik kau cakap,IM tuh hasil LAH.ekekeke.

    xmindfreakxs last blog post..WTS:Nikon DX AF-S 18-135mm1:3.5-5.6G ED

    [Reply]

  4. titan (15 comments)
    April 1, 2009 at 7:23 pm | Permalink

    hehe. aku sokong dari satu sudut dihati aku. Tetapi bagi luar bandar, memang sakit gila budak2 sekolahnya. Pokoknya, terpulang pada student. Jika depa memang minat nak belajar. Bahasa apa pun takkan ada apa masalah punya..

    titans last blog post..Kenangan Titan di Lata Meraung

    [Reply]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*