JOHOR BAHRU - Seorang ustazah dan dua anak perempuannya rentung apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbakar selepas dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang semalam.
Saban hari,banyak cerita kemalangan didapati di paparan akhbar.Hampir semuanya melibatkan kemalangan jiwa.Bukan takat dalam akhbar,malah ada blog-blog yang memaparkan gambar-gambar kemalangan nie.Ondscene menulis dan memaparkan gambar-gambar kemalangan maut yang berlaku di Malaysia.Fuh..Seriau aku tengok gambar.
Kenapa yer berlaku?Tahukah bila berlakunya kemalangan jiwa ni,ramai pihak yang rugi dan bersedih?Keluarga mangsa,tentu sedih.Jiran-jiran serta sahabat,tentu sedih.Pihak-pihak seperti Polis,Hospital,Agensi-agensi Jalan Raya dan semua lah yang terlibat sekiranya berlaku kemalangan,akan mempunyai kerja yang lebih dari biasa.Index Kemalangan Malaysia akan meningkat.Setahun,Negara akan kehilangan warganya ribuan orang.Kemalangan jer dah menyumbang dekat 6 ribu.Belum lagi yang kemalangan di Luar Negara.Apatah lagi yang mati hisap dadah,kena gantung sampai mati.Purata Kematian adalah 14 orang sehari beb.Dengan penunggang motor sebanyak 6%.
Sedih beb bila baca akbar,mangsa adalah belia.Yang mana ,ada antara mereka merupakan generasi baru untuk pemerintahan akan datang.Ada yang tengah menuntut di IPT.
Ok,balik kepada kemalangan nie.Apa sebab terjadi?Ceh,dah macam tajuk soalan karangan BM sekolah pulak.Adakah sebab sistem jalanraya kita cukup goyah?Adakah faktor kenderaan?Adakah sebab faktor jalanraya?Adakah pemandu yang menjadi penyebab dan faktor utama semua ini terjadi?
Jadi,sebagai tanggungjawab aku sebagai rakan memberi peringatan kepada kau kau kau semua,serta diri aku..sila berhemah di jalanraya.(Yer,aku pun kerap memandu secara merbahaya.).Tapi aku akan kurangkan habit ini untuk tidak membuatkan keluarga aku bersedih nanti.Dan jangan asik ingat orang tersayang sahaja.Itu mementingkan diri.Ingat juga,orang lain pun ada orang yang tersayang.Jadi,mari kita memandu secara berhemah.
sumber aku: Kosmo , Miros , JKJR
Haha..aku mencari komen ke 1000..



9 Comments
adakah aku komeentar ke-1K?
[Reply]
2 orang sy baru kemalangan selasa lepas
[Reply]
itulah. dalam kes tu pun, bukan ustazah tu yg salah.
aduhai. berhati2 lah di jalanraya
alones last blog post..Change & Modify
[Reply]
emptyspace : kau bukan ke 1k..dah..aku mahu komen,bukan spam..
Loq: takziah aku ucapkan…
alone: itu la..aku cuma mahu kepastian,apa yang menjadi penyebab nie..
[Reply]
sebabkan seorang yg pandu melulu,abis sume nyawa
blowies last blog post..1,2,3,4…30? tolong baca dlm PPSMI
[Reply]
http://ondscene.via.my/ ?? pakcik tak berani tgk… tragis sangat gambo kat sane
[Reply]
ngeri jugak bila tengok kemalangan macam ni.. harap-harap x berlaku la pada rakan2 dan sanak saudara.. da harap2 semoga makin berkuraga la kemalanga macam ni..
DindaKandas last blog post..Manisnya Madu
[Reply]
[Reply]
dah sampai ajal nk buat mcm mana……..
[Reply]