Sugar Glider Yang Bernama…

dsc00273

Heh.Atas permintaan Uncle G ,aku paparkan gambar sugar glider yang dibela oleh aku serta cik puan aku.Kecik je binatang ni.Tapi perangai,huh..susah mahu cakap.Tak padan kecik.Demand tinggi.Umur dia,masuk dua bulan.

Fakta Tentang Sugar Glider:

  1. Nama Saintifik : Petaurus breviceps
  2. Nama bahasa Melayu : Tupai terbang Australia.
  3. Jangka Hayat : 10-15 tahun
  4. Panjang :5-6 inci,ekor 6 inci ( dewasa).
  5. Berat : 100-160 grams
  6. Negara Asal: Australia dan beberapa tempat di Indonesia
  7. Sugar Glider xmindfreakx : Goku.Kadang-kadang aku panggil si kecik je.

Sangat manja.Kalau kau kau kau mahu bela,pastikan kau bela dari kecik.Sebab biasakan dia dengan diri kau.Jika dia tidur,dia mahu kau belai-belai dia.Kalau tak dia akan bising mengomel2.Yang aku punyer?Macam tuh gak.Nak tidor,mintak dibelai.Kalau dia hyper,dia akan kencing dan berak di tangan kau..whoahahha..Jika ada orang asing yang tidak dikenalinya,dia akan berdecit2 serta melarikan diri ke tuan dia.Jika sudah biasa,bisa kau bawa kemana-mana.Dalam poket baju pun dia boleh tido.Suka duduk di tengkuk tuan.( Goku suka tidor dalam rambut cik puan aku).

Waktu aktif adalah pada waktu malam.Jadi,dalam pukul 9-11 malam,spent some time dengan dia.Ini untuk membiasakan dia dengan kau.

Makanan? Ia cuma meminta potongan buah-buahan sahaja.Goku pulak,buah tak sentuh sangat.Dia lagi suka makan sumi jelly tuh.Itu pun memilih.Dia cuma akan memakan sumi jelly warna merah.Dan dia makan ulat untuk protein.Ulat-ulat nie boleh dibeli di kedai-kedai haiwan peliharaan (pets shop)

So,sedikit sahaja gambar yang aku nak kongsikan.Dia kecik lagi.Tak mau biasakan diri dengan lampu denyar ( flashlight )  dari Ivy aku.Jika kau semua mahu bela,carilah dikedai haiwan berdekatan.Susah mahu jumpa oi..Aku tempah itu hari pun,dekat 3 minggu nak.Aziz M Osman pun tempah gak binatang nie.Tokei kedai kata la..

dsc00254

Nie la aku cakap bila dia nak merayap ke bahu

dsc00375

nie bila dia tgh menyodok comforter utk join tido

dsc00316

dan ini adalah saat dia tido dengan buruk perangai.

Alone in Home merupakan komentar ke 1000..yeah..sila kontek aku.aku kasi hadiah..Untuk komentar terbanyak iaitu cik nono,pun sama sila hubungi aku,ada hadiah gak.whoahahha…selamat ulang tahun Blogikus.com.Untuk emptyspace,minom2 sudah ar…whoahahhaha

Post a Comment or Leave a Trackback
seperator

29 Comments

  1. topo (22 comments)
    May 7, 2009 at 11:41 am | Permalink

    cair plak ak tgok goku ko ni.. hahaha cm best je..

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @topo, ahhaa..kau student..mana ada masa nak bela nie semua..

    [Reply]

  2. Tie (3 comments)
    May 7, 2009 at 12:09 pm | Permalink

    Hai….mokcik nak tumpah kepoh kejap!

    Comelnya. Baru tahu kisah tupai ni. Tak sangka begitu jinak, ek.

    Tapi, kak tie geli laa…. Dah berdiri bulu roma ni, hi hi…

    Ties last blog post..Letih

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @Tie, kekkee..kalau geli tuh,x bley nak aper la..kak tie geli sama binatang bulu2 eh

    [Reply]

    Tie (3 comments) Reply:

    Ha ha…

    Kak tie geli sebab dia kecik sangat. Tapi haiwan yang tak de bulu macam cicak dan cacing tu lagilah geli… kih kih… :lol:
    Ties last blog post..Letih

    [Reply]

  3. Tie (3 comments)
    May 7, 2009 at 12:10 pm | Permalink

    Ooops….salah eja ..(tumpang sebenarnya…)

    Ties last blog post..Letih

    [Reply]

  4. menteil (9 comments)
    May 7, 2009 at 1:04 pm | Permalink

    gile comel ah..
    brape ye ongkos nak beli nie..
    huhu.. siyes berminat gile..

    menteils last blog post..Awek Baju Merah Itu

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @menteil, harga dalam rm350 untuk jantan.betina mahal sikit..comel dowh..beli sahaja..

    [Reply]

    menteil (9 comments) Reply:

    @admin, huhu.. betina lagi comel ke? ape beza dia?

    alahai.. comellll…

    menteils last blog post..Awek Baju Merah Itu

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @menteil, sama je comel.tapi betina nanti bila dah ada baby,ada pocket kat perut dia.beli dulu jantan..dah besar sikit beli betina..baru ar bernafsu jantan tuh..whoahaa

    topo (22 comments) Reply:

    @menteil, hahha cam pelik la plak bile ko cakap comel tu.. aku tgah byangkan expresi muka ko masa ko ckap alahai comellll hahahah :lol:
    topos last blog post..mengenali kamen rider bersama topo…

  5. nono (51 comments)
    May 7, 2009 at 1:12 pm | Permalink

    kenapa azam baik sangat suka bagi hadiah dekat blogger? =)))

    anyway, COMEL giler okay! tapi part datang hyper gi berak kat tangan tu la yang keji sikit.. hoho..

    pasal makanan tak leh makan nasi je ke? campur lauk pauk.. wakaka :P
    nonos last blog post..i’ll be back soon! :)

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @nono, hadiah sebagai cenderahati dan penghargaan…jadi,tetapkan pendirian anda.

    comel kan..part berak itu xder ar keji sangat..seciput jer sisa tuh..

    dia manja..x makan nasik..dia mintak sushi jer nanti da besar..

    [Reply]

    nono (51 comments) Reply:

    @admin, okay azam.. i’ll accept it with my open heart and arms. chewah! thanks to you.. nanti balik miri i wanna get you a borneo head hunter t-shirt. i am going back to miri dalam akhir jun. awal mei i send it to you.. so nanti gitau your t-shirt size okay! :)
    nonos last blog post..If you want to be happy, be…

    [Reply]

  6. aisyahkama (1 comments)
    May 7, 2009 at 2:01 pm | Permalink

    geli! :roll:

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @aisyahkama, comel la cik ecah.rasa geli time dia merayap2 kat belakang badan je.

    [Reply]

  7. Uncle G (49 comments)
    May 8, 2009 at 9:50 am | Permalink

    cantik goku hang.. rasa cam nak bela je… tapi pk balik kena spen banyak masa tuh yang susah skit tuh.. pakcik bz skit

    [Reply]

  8. loq (13 comments)
    May 8, 2009 at 8:03 pm | Permalink

    oh tupai2 rupenyer…..
    cute nyeeeeee
    :mrgreen: :mrgreen:
    loqs last blog post..Blog Azwan Ali memang bangang!

    [Reply]

  9. Adila (4 comments)
    May 8, 2009 at 9:29 pm | Permalink

    xde terpijak? terkepit?
    kecik n comel!
    mau nye klo dia sorok carik tak jumpa :lol:
    Adilas last blog post..2 down! 5 more to go!

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @Adila,terpijak?terkepit?blom lagi….
    dia nyorok pon berdekatan ngan tuan dia..kalau tuan dia takder,memekak jugak

    [Reply]

  10. topo (22 comments)
    May 9, 2009 at 8:32 am | Permalink

    ha baru aku prasan.. apsal komen yg reply tu x kira ek.. punya la byak komen reply tapi kat atas tu tulis 7 komen je.. camne ek nk buat.. hohoho

    topos last blog post..mengenali kamen rider bersama topo…

    [Reply]

    xmindfreakx (88 comments) Reply:

    @topo, ntah…maybe dia tak kira reply by admin kot…

    xmindfreakxs last blog post..Sugar Glider Yang Bernama…

    [Reply]

  11. saffa (17 comments)
    May 10, 2009 at 7:36 pm | Permalink

    Sangat unik bela err binatang yang sungguh cute ni. Dia tak gigit org cam tupai ker? Abang sedara Saffa bela tupai and last time dia bawak dtg rumah Saffa. Dia gigit jari abg sedara Saffa.. ngeri! Sumpah tak cute langsung!

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @saffa, gigit gak cik saffa..tapi,kecik je mulut dia..kalau kuat dia gigit,kena blow kat muka dia,then say no…marah sikit..

    [Reply]

  12. alone (26 comments)
    May 10, 2009 at 7:55 pm | Permalink

    fuh. teruja seh. memang comel la si kecik nih :razz:

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @alone, ya..dia comel..dia kecik…dan skang dia licik..

    [Reply]

  13. aman (19 comments)
    May 11, 2009 at 6:30 pm | Permalink

    member aku sowang asyik offer jer menda nie kat aku…begini rupanya menatang nie..huhu…

    amans last blog post..Nizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter

    [Reply]

  14. katahill (1 comments)
    May 12, 2009 at 1:52 am | Permalink

    boleh pegang? tak gigit ke? aku dulu pernah bela spesis hamster , last2 fedup sebab asal nak pegang dia gigit.

    katahills last blog post..Definasi Cinta Bagi Anda dan Oh Ibu

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @katahill, dia menggigit..tapi takder la sampai berdarah…bekas pun xder..dia gigit hujung jari jer.utk kuatkan geraham dia

    [Reply]

  15. ika (36 comments)
    May 12, 2009 at 4:57 pm | Permalink

    aloh…xdapek jd komentar terbanyak..kalo x, dah dapat hadiah..
    mn tau tuan tanah nak bagi DSLR ke hehehehehe

    goku ek? xpadan ngan kecik, manja… XP
    kat belakang bilik saya selalu je ade tupai maen lompat2…
    meh la tolong belakan huhu

    ikas last blog post..paling menakutkan..mengerikan

    [Reply]

  16. Adry (15 comments)
    May 13, 2009 at 12:57 pm | Permalink

    comelnya… first time tengok menatang ni… :grin:
    Adrys last blog post..Makluman

    [Reply]

  17. blinkky (1 comments)
    May 16, 2009 at 1:08 am | Permalink

    Eh, cutenya…

    blinkkys last blog post..Search Your Hard Disk Quickly With Everything Search Engine

    [Reply]

  18. che'na (1 comments)
    May 21, 2009 at 7:13 pm | Permalink

    Helloo Abangku,

    Boleh ke idup si Goku ni. Awak tu dari kecik sampai beso mana ader bela binatang.

    Tompok, Ciko, Ciki, dah sebelas nama lagi yang dah jadi arwah adalah buktinya.

    Baik suruh Cik Puan jaga.

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    huik..hello adikku..ahhahah…sudah seminggu si kecik ni dalam jagaan i tau…whohaha..sihat walafiat jer..yer..nak serah balik kat cik puan.well..welcome here..

    p/s:selain tompok,yang lain tu ada dibela ker?bukan kucing2 nie aziemah yang jaga ker?

    [Reply]

  19. ikoko (8 comments)
    May 22, 2009 at 11:41 pm | Permalink

    whoaaa.. kawaaaaiii… sangat comel laaaa..
    tapi.. bab berak tu.. er.. banyak ke? busuk tak?

    adeh.. tapi sangat comel~!!!

    ikokos last blog post..Strawberry Sangat Sedap

    [Reply]

  20. woodstacker (1 comments)
    May 29, 2009 at 1:48 pm | Permalink

    owh..teringin nak bela menatang ni, tapi bila tgk kawan bela, menatang ni mg banyak songeh.takut x terlayan plak.
    nnt menzalimi binatang plak..

    [Reply]

  21. sayangkema (1 comments)
    June 18, 2009 at 1:46 pm | Permalink

    ehe…comel…i br amik satu smlm…skrg tgh blajar nak rapat2 ngn die..mule2 sangat la takut!sebab cam geli2 sket…uhuhuhuhuh!!!

    msih belajar nie…mlm nie nak try pegang2 plak..

    sayangkemas last blog post..Frustrated….

    [Reply]

  22. diana (1 comments)
    July 20, 2009 at 10:47 pm | Permalink

    aku baru beli SG nie semalam..
    aku pegang die memekak jew..bile amik die lari2..mcmane nak jinak kan die..huhu..pening gile aku di buatnye..klau kite pegang selalu x mati ke die..
    kekadang risau aku..baru 2 bln lebih..tue pon binatang 2 megigil lagi..malam die memekak..siang tido..mcmane aku nak spend time ngan die..plz tolong aku..

    [Reply]

    admin (174 comments) Reply:

    @diana, sabar je..baru2 memang camtu..nak bonding a relationship kan makan masa…tapi sentiasa bermain dengan dia.jangan risau.biar makan minggu atau bulan,lama2 nanti dia rapat ngan tuan dia.dan jaga diet dia.jgn kasi makan sumi macam saya tuh.salah..

    [Reply]

  23. twenty-six (1 comments)
    August 5, 2009 at 4:50 pm | Permalink

    appreciate kalau yang bela sugar glider atau baru bercita2 nak bela sugar glider supaya join forum http://forum.lowyat.net/topic/1117717
    untuk memudahkan informasi berguna tentang sugar glider dapat disalurkan kepada anda…

    “membela sugar glider adalah suatu komitmen 10 hingga 15 tahun”

    [Reply]

  24. princess_aryana (1 comments)
    August 27, 2009 at 9:40 am | Permalink

    cumelnyer..teringin nak bela..
    tpy i’m very busy..
    tkot xterlayn plak..
    pape pun ye mmg cumel..

    [Reply]

  25. boboy_nmeglideraku (1 comments)
    September 6, 2009 at 2:19 am | Permalink

    aku ade sekor glider.. mcm ko punyer gak..
    bru bli by owner die dlu..
    mang cerewet.. keje nak mkn ulat jer..
    aku nak tnyer skitt..
    xper ker dier slalu mkn ulat..??

    [Reply]

  26. blue_barry_84 (1 comments)
    September 18, 2009 at 8:22 am | Permalink

    hi…

    ko ada bela sugar glider.. mmg chomel sgt n demand tinggi ooo…tp sronok coz ia manja sangat.. aku pun ada, kalau korang masih tercari2 nk dpt kan kt mana.. leh email aku blue_barry_84@yahoo.com.my aku jual sepasang RM450. klu beli sekor2 jantan RM250 (nego) betina RM280 (nego, FREE consultation.. aku leh ajar korg sikit

    [Reply]

  27. seantero (1 comments)
    November 8, 2009 at 11:11 pm | Permalink

    :razz: yahoo……last2 cita2 tercapai gak nak bela sg ni…….bnyk kali wat deal last2 owner senyap gitu jer.yg owner ni menjadi smlm wat deal ari ni terus p amik tak bnyk cita…..td wak blk dia cam tkt jer adeh risau gak takt strees si joey ni.dia suka buah lai kalo dah jumpa buah lai sampai sepet mata dia makan buah.td gak try bg dia makan mealworm mula2 tak mo try paksa last2 mau la dia mkn syok tngk dia mkn worm selera sungguh.dah kena gigit dua kali tapi takde mende la tegejut ja lebih :mrgreen: .dah ble merayau kek badan n pala best nya……one night standing si jeoy ni oopp lupa nama dia anak gua bg nama MIKO fmale joey.tq b barry bg can i bela.nex time i want got MALE ok anything i kontek u.

    [Reply]

  28. Danielle (1 comments)
    December 6, 2009 at 8:03 am | Permalink

    Hehehe… Sugar Glider ni bukannye sejenis tupai… org kite je pnggil tupai terbang tapi die ni jenis marsupial… family kanggaru. cume leh terbang je kat udara… x de la terbang cam burung… glide je… hehe I ade seekor. Dalam proses nak beli seekor lagi… comel sgt!!! Tapi tu ah… time nak beli mahal rasenye… tapi x rugi ingin kan haiwan exotic yg manja… tapi time mule2 beli garang gile… asyik nak bunyi je… aku banyak bace care2 nak bagi die jinak… akhirnye ok dah… kalu aku masukkan tangan pun dah tak bunyi-bunyi dah… tapi jenuh nye kalu die dok lompat sane-lompat sini cuak jugak la… takut terlepas… mahal kowt…

    [Reply]

  29. suggie (1 comments)
    December 6, 2009 at 9:33 am | Permalink

    Sweet Sugar Gliders (M) - Specialize for sugar glider foods and supplements.

    Our main products:
    1) SG foods - Complete Diet: RM15/100g
    2) SG foods - Premium Diet: RM10/100g
    3) SG foods - Joey Premium: RM20/100g
    4) SG foods - Insect-Eater Diet: RM50/can (11oz./308gram)
    5) SG supplements - Gliderade: RM10/25g
    6) HPW - RM22.50
    7) Cage 3 Feet - RM100
    8) Water Bottle 4oz - RM8.50
    9) Plastic Bowl - RM4.50
    10)Glass Bowl - RM2.50

    Harga makanan dan supplement sugar glider yg paling murah kat Malaysia. 5%-10% diskaun utk makanan dan supplement sugar glider.
    Made in USA and Australia.
    Kalau ragu2 blh datang sendiri tgk packaging asal. Tak ada maner2 petshop dalam Malaysia nak bg tgk packaging asal.

    Contact Person: suggie (+60127317553)
    Location: Batu Tiga, Shah Alam.

    [Reply]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*