Antara yang menarik minggu ni.Er..er..er..kurang menarik pun ya gak.
- PPSMI telah dimansuhkan.Mula berkuatkuasa pada 2012.Hasilnya?Bukan setakat bahasa melayu digunakan dalam pembelajaran subjek tersebut,bahasa cina dan tamil juga mendapat peluang sekali.Ini lah dinamakan 1Malaysia.Kan senang kalau satu bahasa je.Inggeris..Kalau tak ni,mau adik aku bincang dengan jiran-jiran,masing2 tak paham.Yer la,sorang istilah melayu,sorang dalam istilah tamil,sorang dalam istilah mandari/kantonis.Balik2 nanti ke bahasa Inggeris jer.
- Michael Jackson ( Mikhaeel ) sudah tiada.Awal pagi 1.30AM waktu Malaysia , satu “telecast” live di 8tv tentang majlis penghormatan kali terakhir arwah ni.Aku takde tgk pun.Lagi sibuk menyiapkan custom album serta satu album lagi.Tapi,itu hari pun ada download Vclip Collection Moonwalker (1988).Saja layan.Ala,dia pun bukan banyak sangat pun album baru.Album2 lama dia time thriller,dangerous yang best2 dengar.Moga dirahmati serta dalam keredhaan-Nya.Amin.Rasa sedey bila dengar anak dia Paris memberi ucapan.
- Malaysia akan ada pilihanraya kecil di Manik Urai.BN vs Pas.Muda vs Veteran.Sape menang?Boleh diagak,tapi biar pengundi sana yang tentukan.Baca warkah berita aliran utama,semua biased’.Bosan.Jadi,pelbagaikan sumber.Tak bosan.Berapa banyak la kerahan tenaga diperlukan di sana.Satu je pesanan untuk semua.Jauhi POLITIK WANG.
- Wabak H1N1 kat Malaysia sudah berkurangan.Dari 0 kes ke 300 kes lepas tuh menurun kembali.Ada yang buat andaian oleh sebab nama selsema babi,maka ia berkait dengan babi.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa virus influenza A (H1N1) terhasil daripada proses mutasi antara gen virus influenza daripada babi, burung dan manusia
Orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan pengambilan atau penggunaan babi serta tidak mengaitkan kejadian influenza A(H1N1) ini dengan amalan pengambilan makanan berasaskan babi,” katanya..
Aku yang tak baik2 dari batuk nie.Haish..Jadi,berhenti seketika.Aku sambung bila aku rasa mempunyai sedikit ruang.Jadi,terima kasih kepada pengunjung.Aku hargai kau kau kau semua.Aku masih berhutang dengan cik nono.


3 Comments
Azam.. Hish apa nie. Hutang2.. huhu.. Lek la luu.. Tak mintak punnn.
Sy tengok gak Paris Jackson berucap masa majlis memorial for Micheal Jackson, ulang2 pun, menitis jugak airmata dibuatnya… Micheal Jackson tiada ganti..
nonos last blog post..Silly Movie
[Reply]
akhirnya hang update gak belog nie… lama gak bersawang
Uncle Gs last blog post..RawStudio : Menukar fail gambar raw anda
[Reply]
h1n1 di singapura dah ada yang meninggal la pulak
KNizams last blog post..Singapura Sahkan Kematian Pertama Berkaitan Influenza H1N1
[Reply]