Seminggu Ramadhan!

Seminggu dah kita menyambut ramadhan.Alhamdulillah.Setiap hari yang berlalu,langsung tak rasa macam sedang berpuasa.Kecuali time berbuka jer la..Hahha..Hari-hari perlu ker bazar untuk membeli juadah buka puasa.Aku dah macam pegawai Majlis jer.Tiap-tiap hari akan melawat bazar yang berbeza.Hahha…Terawikh?Haish..itu yang sayang tuh.Kejap diisi,kejap kosong.

Kelmari ke bazar BBU ( Bandar Baru Uda) sedang elok memesan roti jala 1 set,aku lihat makcik penjual meninggalkan gerai.Anak dia pun tinggalkan gerai.Roti jalan yang aku tempah pun dibiarkan begitu sahaja diatas kuali leper(?).Ape haram kau wat camni.Aku toleh ke gerai sebelah yang menjadi riuh sebentar…Pastu tersenyum..Owh..patut pun,LO(Linda Onn) datang membeli.Masing-masing beria keluarkan Handphone yang ada kamera.Snap-snap…Aku pun keluarkan hp gak.Tapi utk menaip sms “Ayang,Linda Onn kat Uda.Dia dulu bukan hitam ker kulit.Dah jadi Mekel Jekson la.”..

Semalam aku dan rakan opis merentas 180Km untuk berbuka di Alai,Melaka.Ahahha..Berbuka apenyer…buka dalam kereta,tiba Alai pukul 8.30 mlm.Jadi,kitorang dinner jer kat sana.Lawat Saiful ( ex-officemate) yang baru menimang cahaya mata  ( :Tahniah:)..Gerak balik dari Melaka pukul 11.00..

Singgah RnR Machap,terserempak dengan M.Nasir sekeluarga.Aku angkat tangan lagak sahabat-sahabat biasa berjumpa.Minum-minum.Pastu balik.Tiba JB,1.30..Haish..Jauh betul buka puasa aku semalam

Ahaha..kenapa aku cerita nie semua.Pasal aku jumpa M.nasir jer wei..Aku cuma sempat tegur dia jer dengan beberapa ayat.

Sampai la nie aku dok pikir,kenapa aku takde petik gambar dengan dia…haish..kalau L.O ker,hafiz ker,shah indrawan ker,aku masih lagi menjeling jer..Ini M.Nasir..ahaha..haish..regret..hahaa

Owh..Selamat Berpuasa Semua..

Post a Comment or Leave a Trackback
seperator

6 Comments

  1. Saffa (17 comments)
    August 29, 2009 at 2:30 pm | Permalink

    Ceyh. Mak cik Mak cik.. *geleng kepala*

    [Reply]

  2. adib. (14 comments)
    August 30, 2009 at 4:37 pm | Permalink

    la…rugi tu wehh..kalau x meriah lg la blog nih dgn m.nasir…linda onn tu biasa lg la..tp layan lg m.nasir tu…

    [Reply]

  3. Uncle G (49 comments)
    September 4, 2009 at 2:46 pm | Permalink

    salam ramadhan bro.. :neutral:

    [Reply]

  4. en_me (9 comments)
    September 4, 2009 at 5:07 pm | Permalink

    teringat statement ittewww ~ ’saper chedet?’ .. hmmm

    [Reply]

  5. loq (13 comments)
    September 5, 2009 at 2:05 am | Permalink

    otai tu
    kalau aku dah lame aku snap dengan die

    [Reply]

  6. myadlan (20 comments)
    September 7, 2009 at 12:23 am | Permalink

    salam ramadhan bro. banyak plak jumpe artis ko ni

    [Reply]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*