Lewati forum-forum fotografi tempatan.Melihat rakan-rakan menembak gambar di jalanan Kuala Lumpur semasa demonstrasi mansuhkan isa.Aku waktu itu masih lagi lena dibuai tido (wa sudah lama wo tak rehat siang) dan melihat filem hidustan diTV3.Buat lay out ( bahasa melayu=lakaran?) awal untuk storybook album(album buku cerita?).Adakah aku yang tak sedar diri dengan tidak menghiraukan perhimpunan mansuhkan isa sebab sibuk mengejar wang?Atau adakah mereka yang berhimpun tidak sedar diri kerana rata-rata yang berhimpun adalah rumpunan bangsa aku.10-12% sahaja yang berbangsa lain dari aku.Dari 10-12% itu,1% adalah wartawan serta journalist yang membuat liputan.Hrm…mungkin mereka adalah orang2 yang mempunyai kesedaran..dan aku pada hari itu memang tak sedarkan diri( tido)
satu soalan berlegar dalam fikiran aku..:dasar DEB gagal kerana melayu atau bukan melayu?melayu gagal maju kerana melayu atau bukan melayu? melayu bergaduh sesama melayu kerana melayu atau bukan melayu?pada aku,jawapannya sudah ada..pada kamu pula?
sumber gambar: www.flickr.com/asmawiyusof



One Comment
cantik gambar ni. aku pun malas hari tu. tak rajin nak berhimpun.
[Reply]