Perihal Aku

Blogikus - Dalam2 mencari satu kata nama yang akan digunakan untuk menjadi satu gantinama bagi blog aku,aku telah merangka berbagai2 nama.Mula-mula bercadang untuk membuat gunakan nick yang biasa aku guna iaitu xmindfreakx.Tapi pikir2 balik, tak best sebab domain yang bagus pada aku adalah domain yang senang untuk diingati.Kemudian,muncul plak teymot untuk dibuat domain.Teymot merupakan satu beruang kecil yang telah dipatungkan dan dihadiahkan oleh kekasih hati aku.Uh..nama teymot hampir2 aku gunakan, tetapi bila memikirkan kembali bahawa ia lebih bersifat kemanjaan diri (heh:semua orang ada sifat manja),aku terus pangkah nama tersebut.Biarlah ia menjadi hak cipta terpelihara untuk bear tersebut.

Xmindfreakx/mindfreak - nick nie aku gunakan untuk urusan-urusan aku di alam internet ini.Nick ini berasal apabila aku suka menonton seorang penipu besar yang suka menipu mata-mata penonton mereka dan membuat mereka kagum dan bersorak gempita,iaitu Chris “Mindfreak” Angel.Ahaha..aku buka gila yer..freak itu boleh diertikan dengan maksud lain.Hahaha..Berbeda lagi sesuai..Berbeda fikiran..Lagi satu nick yang aku selalu guna adalah B_or_x2b ( baca: be or not to be )

Itu hanya di alam maya.Di alam realiti, polis yang mendaftarkan aku dulu meletakkan nama aku sebagai Azammudin bin Arshad.Ayah Ibu aku la yag suruh..Kalau aku bersuara,mesti la aku mintak nama yang lagi macho.huahahua..Tapi,xder masalah pun dalam kehidupan aku sebagai Azammudin buat masa ni.

Lahir pada 26hb November 1983, aku jangka aku dilahirkan tidak cukup bulan kerana jarak lahirnya aku dengan kakak aku tidak sampai 9 bulan 10 hari.Akak aku lahir bulan Mac tahun yang sama. Aku dibesarkan sebagai SEORANG LELAKI sahaja dalam adik beradik aku.

Pendidikan : UPSR (SK KG Melayu) > PMR ( Kluang High School) >SPM (SMT Segamat) >Dip in Civil Eng (PoliPD) > Degree in Buss.Admin- on going - (OpenU)

Haa..cukup la sampai sini,xperlu la aku nak hebahkan lebih2..kang ada yang terpesona plak..Gurl do contact me if intrested..Huahuahuaha…I’m Single but Not Available..Sorry…

-owh..aku adalah si pemegang baby itu,baby itu bukan anak aku ataupun Kekasih Hati Aku..Jangan salah anggap_