Selamat Datang Ramadhan Al-Mubaraq!!


Heh.Terlewat satu hari untuk mengucapkan korang semua salam ramadhan.Yer…bulan ini bulan untuk seluruh umat islam berpuasa serta menambah amalan dibulan mulia ini.Moga-moga bulan ini, kekangan nafsu untuk membuat perkara-perkara yang lagha dapat dikurangkan.Amin.Owh,moga dibulan puasa ni juga ada dikalangan kita yang menyambut seruan nafas baru dibulan puasa..AMin…ROKOK dah naik harga wei…cilakak…aku tak berapa marah kalau minyak naik seposen..tapi tang rokok naik 60sen untuk kapasiti 14batang membuatkan aku terkedu.Aiseh.Ini kes tidak ikut perkembangan semasa la ni.Tak baca belanjawan 2009 yang dibacakan oleh Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia.Takper..takper.Dua tiga bulan lagi,mesti dah biasa dah dengan harga itu.

Ramdahan,bulan dimana umat islam digalakkan untuk menambah amal ibadat.Bulan dimana adanya malam lailatulqadr.Bulan dimana umat islam yang berkemampuan membayar zakat.Bulan dimana adanya solat terawikh.Bulan dimana umat islam disuruh berpuasa agar wujud keinsafan diri.Bulan dimana kekangan nafsu perlu dilakukan.Baik nafsu makan,nafsu mengumpat mahupun nafsu liwat syahwat.Maka,marilah kita yang beragama ISLAM menunaikan rukun islam yang ke-3.Kekang nafsu bila berbelanja yer..Ini satu peringatan dari aku seorang muslim kepada muslim yang lain.Moga kau dan aku dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t..Amin.

kepada pengadil2 yang dihormati,sila kontek YM aku bila terpampang ke”available” an aku itu..terima kasih

Picture diambil pada hari pertama puasa di satu bazaar ramadhan di bandar KLUANG,JOHOR

19 Comments
seperator

StickyNote(SN)#1

Layout skang cuma sementara..aku tiada berdekatan dengan Cik Foxy-The Bitchy aku.Ini kat pc kawan aku.So,tunggu aku balik.Ntah hape hal la themes dulu.Chow

p/s:sebab theme dulu apesal ntah dah xbley tgk kat IE.ape jadah la aku sudah buat…pakai ini dulu suda

17 Comments
seperator

Kritikan!Membina atau Memusnah?

Aku membaca kat blog aeropama berkaitan dengan MANUSIA BERALASAN..Bila baca entri tersebut,lantas aku teringat tentang satu topik yang aku rasa aku sudah cukup bosan bila mendengar.Bila kita dikritik,apa persepsi kita?Kita menolak atau kita menerima serta menambah baikkan..? Aku memang biasa terima kritikan.Bukan kritikan sahaja,kutukan hinaan,pujian dan semua kata nista pernah aku dapat.Pada aku,itu lumrah kita sebagai manusia.Kau terima atau tidak adalah hak kau.Bagaimana kau terima ituu yang menjadi persoalan..Kalau kena pada aku,kritikan yang kau terima perlu kau tangani dengan baik.Sebab: read more »

8 Comments
seperator

FU(fastupdate) #2

  1. Semua orang sudah tahu keputusannya…owh,ini bukan pasal contes dalam blog ini.Itu belum ada lagi pemenang. Ini adalah untuk Lee Chong Wei yang kecundang di tangan Lin Dan.Jadi,pingat pertama untuk Malaysia adalah perak.Walau apa pun, TAHNIAH untuk LEE CHONG WEI.Ada juga bendera Malaysia dikibarkan semasa penyampain pingat.Aku harap kau tidak berpuas hati dengan pingat itu.Cuba lagi.Kepada BAM,hasilkan atlit yang lagi baik dari mereka yang ada sekarang.
  2. TINGGAL 2 HARI SAHAJA untuk kau semua submit entri tentang contest “JIKA AKU PEMIMPIN MALAYSIA“.Jadi hantar sebelum terlewat.Aku tiada kompromi tentang masa.Jadi,jika lewat,tidak diterima walau apa jua alasan.Owh,tapi mungkin kau boleh mencuba nasib.Tapi pasti bukan tempat pertama untuk kau.Aku cuba mengajar kau semua mengawal masa.
  3. Penyertaan setakat ini datangnya dari :

Hafifi , Syam , Megat , Topo , Abdfatah , Hasbullah , MrAm , IzzatRuslan , Melyssanadiea , Garamshico , Maen ,

Kau semua yang lain,diminta hantar link ke entri tersebut pada 20hb Ogos 2008.Cepat…

p/s: entri ini akan sentiasa dikemaskini untuk memasukkan link entri contest tersebut

MALAM INI LAST..kala kau semua nak hantar,hantar la jugak…mungkin aku terima,mungkin tidak..ahahhah…AKU SALUTE KORANG SEMUA!!!

21 Comments
seperator

FastUpdate #1

Tahniah Lee Chong Wei kerana berjaya memasuki Pusingan Akhir Perseorangan Badminton Lelaki Sukan Olimpik Di Beijing,China.Lawan kau terakhir adalah Lin Dan.Tahniah sekali lagi.Jika kau menang pingat emas,kau bakal menjadi jutawan.JIka kau kalah,kau bakal jutawan juga.Insentif untuk pingat perak adalah RM300 ribu, tetapi aku percaya kau juga bakal mendapat habuan dari banyak pihak.Kerajaan negeri,MSN,MOM serta kau boleh terpilih menjadi Olahragawan Negara 2008.Jadi persoalan disini adalah:
Image Hosting by Picoodle.comImage Hosting by Picoodle.com

2.Entri Pertama untuk Contest aku sudah ada..kalau kau kau kau semua tidak dapat sertai,nampaknya sudah ada pemenang..hahha…kau semua, aku kasi bakar sama kau semua..hahaha..masuk la..takkan nak biarkan si dia memang dengan percuma…Ya..entri pertama datang dari Hafifi. Hafifi,jika kau tiada saingan,aku rela hati naikkan ganjaran kau..

3.Seorang rakan kita juga membuat contest.Syam si jejaka kacak bergaji tinggi,ada elaun COLA ( isk..ci la),berkereta Myvi,asal KL membuat pertandingan SILA KREATIFKAN MINDA ADA:ISIKAN DIALOG. Kau,kau kau semua boleh join disini.Aeropama.Com . Masyuk wei…

4.Maaf,aku terpaksa guna “capslock” untuk kali ini. SAYA BERNAMA AZAMMUDIN ARSHAD DENGAN INI SETULUS HATI SEPENUH RAGA MEMBANTAH BUAH FIKIRAN SERTA CADANGAN MB SELANGOR,TAN SRI KHALID IBRAHIM UNTUK MEMBUKA KUOTA 10 PERATUS KEPADA BUKAN MELAYU DIDALAM KEMASUKKAN PELAJAR KE UITM.SAYA BERHARAP,TAN SRI DAPAT BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERKATA DEMIKIAN DI LAIN MASA.-END-apa kau fikir yer.ah,mahu menambah persaingan kepada kaum melayu?Ada masalah ke kalau melayu sama melayu bersaing.Ini bukan sebab aku melayu kau cina/india maka aku perlu bersaing dengan kau…Ini semua datang dari jati diri.Melayu sama melayu pun kalau sudah ada sifat ingin bersaing hasilnya sama sahaja jika melayu bersaing dengan bukan melayu.JATI DIRI.SIFAT INGIN MAJU itulah yang penting.

5.OWH, yang menuduh sudah membuat sumpah berlandaskan islam.Bersumpah dengan Nama ALLAH s.w.t .Yang tertuduh masih lagi senyap sahaja. Bagus wahai yang menuduh.Kau berpegang kepada ISLAM.Kau berani kerana benar.Tapi mengapa dalam masa penamaan calon baru kau buat?Kau kata,kerana semalam hari jumaat,hari yang elok?Sejak laporan polis,berapa kali kita sudah tempuhi jumaat?..Ahaha..Yang penting,kau berani.Kau mengikut lunas2 islam dengan mengangkat sumpah atas nama ALLAH s.w.t. Pada aku,itu satu cara yang betul sebagai umat islam.

p/s:Terima kasih aku ucapkan kepada mydlan sebab kau mengingatkan aku bawah sudah seminggu aku tidak update.Thanks frenz.

14 Comments |Tags: , , , ,
seperator

Malaysia Hari Ini!!

Ini cuma entri pendek dari aku. Beban kerja aku di tempat baru ini buat aku makin sibuk.Tiada lagi masa senggang untuk memuat turun muzik,filem mahupun perisian dari dunia internet.Tapi itu tidak bermakna aku tidak mengambil pusing hal negara kita.Dan,dengan celahan masa yang aku ada,aku ronda-ronda juga ke blog kau kau kau semua.Jangan risau…Aku gemar membaca penulisan kau kau kau semua.Aku akan klik satu persatu rantaian yang ada dalam jaringan aku.Jika ada rantaian baru yang aku dapat dari blog lain,pun aku akan masuk.

Owh,hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan.Dengan piliharaya kecil Permatang Pauh yang akan berlaki tidak lama lagi,cerita tentang DSAI ini semakin sensasi.Kurang cerita PEMBUNUHAN ALTANTUYA malah hilang cerita DIMANA ADIK SHARLINIE yang pada aku lagi penting untuk di cari oleh pihak PDRM. Hanya kerana ingin menghadapkan DSAI ke mahkamah,hampir semua teknologi yang kau ada,anggota yang kau ada kau kerahkan untuk bekerja.Kau kerahkan adakan sekatan jalan raya.Tapi,kenapa tidak kau gunakan jaringan kau sebagai Polis Negara untuk mencari Sharlinie?

Hari dalam akhbar theStar, cerita tentang Dr.Mohemmed Osman Abd Hamid buat akuan sumpah.Akuan sumpah tentang dia memeriksa keadaan Saiful Bukhari Azlan dan menegaskan bahawa laporan yang dia buat mengatakan Saiful tiada tanda-tanda diliwat.Dalam Malaysia Today pun kau boleh baca laporan itu.

Seorang blogger telah ditahan polis.Blogger bernama Abdul Rashid Abu Bakar a.k.a Penarik Becha atas dakwaan membuat entri tentang agenda tersirat berkaitan muzakarah antara Pas dan UMNO.Blog disini.
Cerita penangkapan disini pulak

Hai dunia politik Malaysia.Kau semua sibuk dengan hal kau semua.Malaysia bakal menyambut kemerdekaan pun kau tidak hiraukan.Kalau dulu,bulan kemerdekaan penuh dengan iklan yang bermakna,sekarang penuh dengan cerita politik yang tahi.Kau tuduh dia, dia tuduh kau,polis tangkap orang kerana tuduhan mengarut..

Aku harap dengan entri aku ini,tidak membuatkan aku dituduh penyebar fitnah.Serta tiada tangkapan dibuat ke atas aku.Aku bukan menghasut orang membenci kerajaan atau menyokong kerajaan.Aku cuma seorang rakyat yang sedar bahawa lagi 24 hari kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 51..Owh,aku masih tidak tahu apa dia tema atau logo bagi sambutan tahun ini.

Update: Tema :Perpaduan Teras Kejayaan..itu yang aku jumpa.

Tema contest aku: JIka Aku Pemimpin Malaysia.

p/s : mintak maaf,entri ini ditulis pada otak yang tenat dengan kerja.Penat dengan memikirkan politik malaysia.Keciwa dengan pemimpin yang sedia ada serta pemimpin yang diwar-warkan sebagai calon pembangkang.Aku masih lagi dibuai mimpi.Masih lagi terikut-ikut dengan cara Dr.Mahathir.Masih mendambakan generasi yang memimpin Malaysia kearah era kemajuan tetapi masih lagi mengekalkan keislaman.

p/s/s:Pak Lah kata,minyak akan turun.Pak Lah ada kata,kita runcitkan harga mengikut bulanan.Tetapi Pak Lah tak kata, semua harga barang pun berubah mengikut bulanan.Harga minyak mungkin kau boleh turunkan,tetapi harga barang yang telah meningkat,mesti payah untuk kau turunkan.takperlah….satu jer saranan aku sebagai rakyat dibawah pentadbiran kau wahai Pak Lah…Tadbirlah dengan semangat untuk rakyat.Berpikirlah untuk negara dan rakyat.

cait..kata pendek.nie da dekat berapa patah da nie…biasala orang keciwa memang banyak bebel…

ps4:aku selalu beri komen kat orang lain macam nie “Ah,PKR itu semua bekas ahli umno sahaja..sokong PKR sama macam sokong Umno.Sebab PKR dan Umno adalah satu acuan yang sama.Cuma PKR ada pelbagai bangsa.Anwar,Azizah,Azmin semua bekas ahli umno yang tahu selok belok umno.”

20 Comments |Tags: , , , , , , , ,
seperator

WP: Ape kes nie?

Image Hosting by Picoodle.com

Exif:

SS : 8”

F number:f11

Ci la….dah berapa hari aku cuba nak buat kemaskini serta menulis entri baru…Tapi wordpress yang dipasang di share server aku plak ade kes…Ape kes…tiap kali aku membuka URL blog ini, maka keluar “error cannot establish database connection”…dua hari aku usik sana,usik sini baru jadi….macam mana wp-config.php aku berubah?Password pulak tuh…ade orang dah tukar ke?Ci laaaaaaaaa…

Ada sape-sape dah start buat entri untuk contest aku? Tapi ,kalau kua kau serta kau yang membaca ingin menambah lagi hadiah2 yang korang boleh menangi,kau semua boleh juga masuk satu contest dari KHAI SCUKZ di JUSTKHAI.COM

Pendapat aku..jika kau semua pandai edit-edit,foto manipulasi serta pereka kad-kad ucapan,kau boleh masuk..Hadiah hebat menanti kau semua….

Maaf,aku tiada mood untuk menulis kerana database wordpress buat hal kebelakangan ni.Harap kali ni tiada lagi masalah…kalau ada kesilapan yang aku buat dalam setting wordpress ni,sila bantu aku…

Acha tidak lagi bercinta dengan Irwansyah…Ayuh jejaka sekalian,kita setting rambut untuk usha dia..

17 Comments |Tags: , ,
seperator

Welcome Aboard!!!

Liverpool had signing up Robbie Keane / Liverpool mengikat kontrak dengan Robbie Keane
Image Hosting by Picoodle.com” alt=”" />

Satu pembelian yang berbaloi untuk pasukan Liverpool.Robbie Keane akan berpasangan dengan Torres yang pada aku cukup mantap.Seorang,cukup licik menggelecek bola,seorang lagi cukup pandai mengambil ruang dalam menghasilkan peluang jaringan.Ahahha…Kau,kau kau semua yang anti dengan Liverpool,yang menyokong pasukan Man U  ( chot , beck ), Arsenal ( Suria, Uncle ) serta penyokong Chelsea (???) kau semua harus gerun dengan gandingan ini.Bagus Rafa..Pembelian yang bagus.Aku sokong kau sama seperti waku kau mahu beli Torres.Lupakan sahaja Peter Crouch yang sudah menyertai Portsmouth.

Ohw….Keane memakai jersey no 7..

Musim ini,Rafa sudah membeli 5 pemain…

Philip Degen : Pemain Pertahanan (Swiss) ; Kelab Terdahulu ( FC Basel )

Andrea Dossena : Pertahanan Kiri ( Itali ); Kelab Terdahulu ( Udinese )

Diego Cavalieri : Penjaga Gawang ( Brazil ) ; Kelab Terdahulu ( Palmieras )

David Ngog : Penyerang ( Perancis ) Kelab terdahulu ( PSG )

Musim ni nampaknya Liverpool banyak penyerang..Ada Voronin,Babel,Gerrard pun boleh…mantap2….

Musim baru akan bermula pertengahan bulan 8 ini. Boleh guna Google untuk mencari maklumat perlawanan.

p/s: Kenapa la Chelsea tak buat banyak jaringan semalam.Sakit hati aku bila dengar dalam radio kata kita cuma kalah tipis..Ah…Ada nada bongkak bila kita tewas 2-0 sahaja..Cait..

13 Comments |Tags: , , ,
seperator

Contest!!Anouncement #1

Berita yang ditunggu2…Semalam akak aku tunang.Sebenarnya, xder la akak sangat pun.Kitorang sebaya.Dia awal tahun, aku lahir akhir tahun….

Tapi ini bukan cerita tentang itu.Ini cerita tentang Contest di Blogikus.com..Didalam entri pendek aku hari itu,aku nak buat contest untuk kau,kau dan kau semua..OK ini cerita tentang contest itu.

Tema : Jika Aku Pemimpin Malaysia

Arah tuju penulisan : Jika kau pemimpin,apa kau perlu buat untuk Malaysia? Kau nak naikkan martabat Malaysia? Kau nak jual Malaysia? Suka hati kau lah..

Corak penulisan : Ikut bahasa yang kau selesa untuk guna.Tidak terlalu formal.Tetapi menggunakan bahasa sepenuhnya.Tidak rojak asma seperti aku.Cuma di maafkan sekirannya penggunaan bahasa itu tidak menepati tujuan kau.Inikan untuk sambutan Hari Merdeka.Janji entri kau menarik juri-juri hakim.

  1. Syarat lain : Selitkan la gambar.Tak kisah gambar bendera Malaysia atau apa jua gambar yang bila orang lihat tahu itu Malaysia..Jika kau cilok gambar itu, sila kredit ke tuan punya gambar..
  2. Selitkan juga satu link ke post ini.Untuk aku semak serta untuk dijadikan pingback agar memudahkan juri2 membaca entri kau semua..

Hadiah:Oleh sebab aku pun tidak kaya melampau oleh itu,hadiah yang aku senaraikan harap dapat kau,kau kau terima seadanya…

No 1: RM50

No 2 : Rm30

No 3: RM 20

No 4:RM 10

No 5-10: RM5

Jika kau ada akaun paypal, dan hendak aku bayar dalam USD,aku boleh bayar.Kalau boleh aku lebih suka kau ada akaun maybank.Tapi akaun lain pun aku tidak ralat untuk memindahkan duit tersebut…

NOTA: HARAP ENTRI KAU TIDAK ADA UNSUR2 POLITIK YANG CUKUP TAHI…TIADA UNSUR PERKAUMAN DAN UNSUR2 YANG CUKUP PANAS SEHINGGA MEMBOLEHKAN KAU SERTA AKU DI KENAKAN I.S.A

JURI BUKAN AKU…RAKAN-RAKAN AKU…

SELAMAT BERJUANG SEMUA.TARIKH TUTUP ADALAH SEPULUH HARI SEBELUM 31 OGOS 2008.

Pertanyaan? Ruang komen ada,hubungi aku pun ada..

UPDATE : PANJANG KARANGAN TERPULANG PADA KORANG.AKU CUMA BACA.JURI2 TERPILIH YANG AKAN MEMBERI MARKAH……….

48 Comments |Tags: , ,
seperator

Pindah!Selamat Tinggal

picture taken from winternet.com

Selamat tinggal PC kesayangan aku di HQ Johor.Selamat tinggal kerusi dan meja aku di situ.Kepada mouse dan segalanya.Terima kasih kepada orang-orang atasan aku kerana memindahkan aku ke tempat lain.

Yer,aku akan berpindah ke pejabat cawangan atas sebab kekurangan tenaga kerja di sana.Mungkin kekal disana.Ah,bukan jauh pun.Cuma sejam perjalanan dari HQ aku (jika menggunakan lebuhraya).Dan aku ditempatkan di kampung halaman aku.Pejabat aku adalah rumah ibu bapa aku.Jimat duit aku.Buwaahahhaa.Cik Puan terpaksa menerima hakikat ini dengan tabah.Rilek.Berjauhan bukan bermakna perpisahan.Haha..Insya-Allah aku tak akan menggatalkan diri aku untuk berpeleseran bersama “hot chicks” di Kluang.Mereka tidak sama dengan U..aw..

Kepada ‘bro-sis’ photographer yang baru aku kenal,aku pindah bukan bermakna aku tak akan join korang.Anjurkan sahaja TT,konfirm aku akan cuba menghadirkan diri.Aku dahagakan ilmu dari kau kau semua.

Blog ini tak akan ada kesan.Rumah famili aku ada streamyx jugak walaupun tidak selaju di sini.yeay untuk parent aku.

-end-

notakaki:yeay,duduk rumah famili,kurang enjoy2,bley kumpul duit kahwin.Cukup kot dalam masa 3 tahun ni.Yeay,aku mahu kahwin…cepatttttt..

p/s:sejak upgrade 2.6,kenapa payah tol aku nak upload gambar.Insert je pict,bila publish je,pict xder…ape kes..tolong wei.

12 Comments |Tags: , ,
seperator