X-Men Origins:Wolverine

This film will be launch 2nd quater of 2009( May 1st, as state in the vclip ).Hrm,after Prof X die in the last movie,seem that Marvel gonna make a film about the charaters itself.This time,Logan a.k.a Wolverine.

Other Movies that gonna be release by year,2009: Blogikus Choice!!

  1. Underworld:rise of the lycans (January 2oo9) Link
  2. Street Fighter:Legend of Chun Li (February 2009) Link
  3. Punisher:War Zone Link
  4. Terminator 4 :Salvation Link
  5. Fast and Furious 4 Link

Hoho…seem 2009 will be intresting years for cinema addicts.

2 Comments |Tags: , , , , , , , , , , , , ,
seperator

Wordpress 2.7 Release

Testing using quickpress in dashboard..Look cool…look like kinda a 3-column wp themes too.Owh,and this is for testing the quickpress.Dont count this as an entry from me.Thanks

10 Comments |Tags: ,
seperator

Filem:Los&Faun

Ha.Sabtu lepas,aku tonton wayang.Cerita terbaru hasil buah tangan Afdlin Shauki.Cerita Los and Faun.Sangat cool cerita itu.Cukup santai.Tak perlu pening2 kepala fikirkan jalan cerita.Sesuai untuk mereka yang nak rehatkan minda.

read more »

24 Comments |Tags: , , , , ,
seperator

Harga Minyak Turun Rm0.10

Minyak Turun,Meter Tangki Naik..

Minyak Turun,Meter Tangki Naik..

Semalam Pak Lah umumkan penurunan harga minyak petrol dipasaran.6 kali penurunan dilakukan selepas kenaikan mendadak pada JUN lepas. Maka harga pasaran sekarang adalah Rm1.90 untuk RON97 dan RM1.80 untuk harga diesel.Heh.Jika semasa kenaikan dahulu,ramai yang menjerit terkejut,tapi nampaknya bila masa penurunan dilakukan,tiada tanda terima kasih pun dibuat.Mungkin ada yang beranggapan harga sepatutnya lebih rendah dari Rm1.90 memandangkan harga minyak mentah adalah USD47/drum.Tapi,pada aku pulak sekiranya kerajaan mengikut harga pasaran dunia,bila harga naik mendadak ditakuti harga di Malaysia pun naik mendadak.

Yang menjadi masalah adalah harga barang tidak selaras dengan penurunan minyak sekarang.Bak kata Pak Lah,jika dulu ,tanpa perlu ada nasihat pun mereka dengan suka rela sesuka hati naikkan harga..Tapi sekarang,kerajaan merayu kepada mereka untuk menurunkan harga runcit.Cit..Malas sudah aku nak ulas.Apa-apa pun,terima kasih sebab turunkan harga minyak.Lain kali jangan naikkan mendadak yer wahai PM.

7 Comments |Tags: , , , , ,
seperator

Selamat Ter”ikat” Kawanku!!

Semalam majlis pertunangan rakan satu opis aku.Bertempat di Pt.Raja,Batu Pahat Johor.Heh..Baik sang laki,mahupun sang wanita,dua-dua satu syarikat.Dua-dua masuk awal tahun nie.Bila bercinta pun tidak diketahui,alih-alih majlis pertunangan dilangsungkan.Haih…Topek (taufik iskandar),pandai sungguh kau simpan rahsia eh.Jika aku masih diberi kesempatan untuk mengambil gambar kahwin kau,aku sudah memikirkan TAGLINE untuk album kahwin itu “CINTA ITU TIDAK BUTA,CINTA ITU SEPET SAHAJA” memandangkan mata kau yang sepet itu.Kepada si wanita,terima kasih kerana memberi “berkat” untuk dibawa pulang.Majlis tunang pun ada “berkat” eh.Aku pikir majlis kahwin jer..

Balik rumah,ibu bertanya,”asyik ambil gambar orang jer,sendiri tuh bila?”..Eehhee…kan sudah di bilang,lagi 3 tahun.Habiskan dulu pelajaran sambilan itu.CIk puan pun dah merancang untuk ambil “prof cert” kan.Jadi biarkan masing-masing penuhi komitmen yang dirancang..Takkan lari pelamin dikejar…Banyak lagi wei yang perlu dibuat.Haih…:mengeluh:

Kau kau kau semua,entri ini entri kosong.Tiada pengisian didalamnya.Cuma satu luahan kepenatan serta pemberitahuan kepada kau kau kau semua bahawa kawan aku sudah bertunang.Serta jika kau berminat untuk mengupah aku,silakan hubungi aku yer…Jika kau kau kau mahu ajak outing untuk sesi photoshoot pun aku rela untuk ikuti.Heh..

notakaki:gambar diatas diambil dengan 50mm1.8,olahan photoshop dengan level,adjustment ke bnw,serta sedikit olahan mata yang nampak macam ok.

6 Comments |Tags: ,
seperator

Satu Pagi Yang Liat!!

Ring ! Ring !( “ringtone” aku memang berbunyi klasik)..Terjaga dari tidur.Dengan mata yang masih kecik,lihat empunya nama yang tertera di skrin telefon bimbit..owh,cik puan muda..Lihat jam di skrin kembali, 7.30am..tekan butang “call” yang semakin pudar warna hijaunya.

“Assalamualaikum,morning biey”,cik puan muda sape

“Hrm..wasalam,morning gak”,aku cuba selindung suara agar tak nampak macam baru bangun tidur.

“huik,kuat suara,cam segar je…dah lama bangun eh”,cik puan ajukan soalan kembali

“huish dah..dah bangun dah..sejak lima minit tadi”,aku menjawab dengan selamba

“ape da,bangun lambat..usia dah meningkat pun liat lagi nak bangun pagi”,ngomelan cik puan terhadap aku

“yer,yer…eh,dah tiba opis? sudah beli breakfast? ” , satu soalan dari aku untuk larikan tajuk

“tgh nak makan nie,hrm…dah2 bangun…gi ar mandi,kang lambat masuk opis…kay…assalamualaikum,bye,take care” , cik puan muda yang prihatin terhadap aku

“Ok!selamat bersarapan,take care too n selamat bekerja..wasalam n bye too..” aku mengakhiri perbualan kami.

Telefon bimbit diletakkan di tepi bantal..lihat jam…tutup kipas,termenung dan zzzzzzzzzzz

7.57am ..ah sudah lambat…capai telefon dan dail….

‘yo Yan,punch kan aku”, dan jawapan “ok” terdengar di hujung talian..

kesimpulan hari ini,aku sudah lambat…..tapi bukan ini tujuan aku menulis entri picisan ini serta mungkin dianggap sampah oleh sebahagian manusia di luar sana.

OK!Soalan aku kepada kau semua!!!Kalau kau kau kau baca dari awal,aku nak kau kau kau semua teka,apa yang cuba disampaikan oleh entri picisan ini? Sesiapa yang dapat jawab dengan tepat , aku akan hubungi kau.HEHEHEHE!!!

13 Comments
seperator

Jiwa keras atau Lembut?

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang wanita yang berpakaian seakan lelaki serta mengamalkan seks songsang adalah haram.Dan sesungguhnya ia mendapat tentangan hebat dari golongan ini.Yang pasti,mereka yang menentang sehingga habisan adalah dari golongan bukan muslim.cait.Ape kena mengena keputusan fatwa dengan kau wahai golongan bukan muslim?Sehingga kau mengadakan protes jalanan?Adakah ini satu provoksi dari mereka yang anti-islam?Atau satu provoksi kepada kerajaan sekarang?

read more »

9 Comments |Tags: , , , ,
seperator

Aduhai Wanita

Heh.Berita paling hangat minggu ni adalah berkisarkan jumlah wanita yang lari ke luar negara.Lari untuk bekerja masih ok lagi pada aku.Tapi lari ke luar negara kerana mengikut hawa nafsu tanpa berfikir panjang.Seramai 18 orang direkodkan melarikan diri berkahwin di negara seberang.Banyak andaian yang kau kau kau serta aku boleh rumuskan.Kenapa hal ni boleh jadi beb…Adakah sebab guna-guna?Apakah sebab jiwa berontakan dalam diri mereka yang rata-rata adalah remaja?Hah..Kalau sebab guna-guna / sihir aku mungkin boleh terima.Tapi kalau sebab hawa nafsu berahi , heh pada aku hormon kau cukup kuat.Kau hanya berfikir yang sedap sahaja tanpa memikirkan akibat dari perbuatan kau itu.Sudahnya, bila kau telah sedar, kau meminta bantuan balik kepada keluarga kau.Keluarga yang pernah kau palingkan semasa membuat keputusan itu.Cii la kau..

Itu hal kahwin di negara luar…Dulu kes kau jual dadah ke luar negara.Rata -rata jawapan yang diterima adalah, kau diperdaya,diperalat oleh teman lelaki kau yang bukan warganegara Malaysia.Heh.Sekarang kalau kau lihat,cukup ramai ghadis-ghadis hebat yang cukup berahi gah bermesra di khalayak ramai bersama warga asing.Berkucupan serta berpelukan semasa berdansa di kelab malam,semasa berjalan menghabiskan duit di pusat membeli belah.Yer..aku terasa hati bila melihat ghadis-ghadis ini.Kenapa kau pilih mereka.Aku kan ada sedia untuk dijadikan teman *kidding* .Tapi bukan semua la..Ada yang masih berlandaskan akal fikiran semasa menjalin hubungan.Aku tujukan ni,kepada ghadis-ghadis baghal diluar sana.yang kemudian hari akan menyusahkan hidup orang lain secara langsung atau tidak.Sampai perlu di raih simpati untuk diberi sumbangan.Sampai hal kau menjadi agenda politik serta agenda negara.

pesanan:Aku mintak maaf kalau kau yang menjalin hubungan terasa sedikit.Aku cuma tujukan kepada ghadis-ghadis yang lupa daratan diluar sana.

pesanan2:aku kurang membuat entri terbaru sebab kekangan masa buat masa sekarang.Mintak maaf..

23 Comments
seperator

Malaysia semakin Intelektual!!

Habis meeting,aku kebosanan.Lantas menggunakan aplikasi google yang ada.Terjumpa satu perkara yang menarik.Rakyat malaysia yang menggunakan internet sebagai platform carian sudah semakin intelektual.Mereka tidak lagi menggunakan enjin carian untuk perkara-perkara yang sia-sia seperti gadismelayu,gadis seksi,seks,3gpmelayu,dan kisah seks.Tak percaya? Lihatlah sahaja statistik yang aku ambil ini.Lihat,carian untuk kata kunci (keyword) sebegini sudah menurun.Sejak dari tahun 94 sehingga sekarang,penurunan dapat dirasa.Aku percaya sebab mula-mula aku kenal internet,aku dah member aku BEN siap buat satu laman web porno.Masa tu,hanya geocities.com dan beberapa hosting percuma yang ada.Kalau lah masa itu sudah ada pengiklanan internet seperti sekarang,sudah tentu aku kaya.Hasil lawatan orang ramai ke website itu.yeay..

read more »

18 Comments
seperator

Cerita Minggu Ini di Blogikus.Com

Dikala dunia mengalami kegawatan ekonomi,kerajaan pula memberi satu berita gembira kepada rakyatnya.Minyak petrol diturunkan sebanyak 15sen dan diesel sebanyak 20sen.Tapi harga barangan masih ditakuk lama.Apa kejadahnya!!Kau wahai peniaga masih tidak erti lagi keperitan rakyat?Kau yang dimaksudkan aku adalah para peniaga yang menaikkan harga barang akibat kenaikan harga minyak 4 bulan lalu.Cis sungguh kau.

Aku cuma berharap,dengan penurunan harga minyak ini,kerajaan tidak menanggung apa-apa akibat dari kegawatan ekonomi global.Yer,dari dulu rakyat asyik berbalah tentang harga minyak.Adakah harga minyak penentu siapa yang bakal menjadi Kerajaan Malaysia? Kalau begitu,orang yang boleh jadi PM adalah Hassan Merican.Haha.Sebab dia orang paling berkuasa dalam Petronas.

Cerita lucu minggu ini adalah,Shah Rukh Khan dapat Datok dari Kerajaan Melaka?Haha..Aku masih ketawa memikirkan hal ini.Kenapa? Sebab dia sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa pembangunan kepada Malaysia.Jumlah pelancong yang datang ke Malaysia unjuran tahun 2006 dan 2007 menunjukkan bahawa pelancong dari India bukan berada di tangga teratas.Thailand,Singapura dan Brunei Darul Salam paling banyak.Indonesia juga begitu.Nah,kau semua nampakkan.Bahkan pelancong dari Japan dan China lebih banyak melawati Malaysia berbanding India.Owh,kau kata sebab dia banyak buat penggambaran di Malaysia? Kenapa tidak kau berikan darjah kebesaran kepada Yasmin Ahmad atau pengarah-pengarah Malaysia yang sudah pasarkan filem ke luar negara? Jika aku Shah Rukh Khan pun,aku tak tau apa kegunaan Dato di peringkat dunia berbanding gelaran Sir dari British.Itu kalau aku Shah Rukh Khan.Tapi oleh sebab aku rakyat Malaysia,gelaran amat penting untuk mereka yang mempunyai perniagaan *batuk*batuk*.

sumber:Tourism Malaysia

Suspek buang anak di Masjid Terapung!Aku cuma mampu beristigfar sahaja bila mendengar berita itu.Sesungguhnya kau adalah insan yang paling hina di mata aku.Sudah kau mengandung,kau buang di masjid.Rumah Allah.Subhanallah.Apa jenis manusia la kau nie. Kalau betul pun kau kemaruk seks dengan pasangan kau,tidakkah kau tahu satu produk bernama kondom.Pil perancang serta banyak lagi.Gunakan enjin carian untuk mengetahui cara-cara yang praktikal untuk elakkan kehamilan.Bodoh.Baghal.Moga kau bertaubat lah wahai insan.Dan kepada Pihak berkenaan,takkan tahan wanita je?Dia takkan buat tanoa pasangan.Dan kau wanita tersebut,takkan sama-sama sedap,pastu yang terseksa kau seorang.Babitkan la sekali.Dua-dua kena.Dua-dua dihukum.

Kepada kau kau kau semua yang menghadapi peperiksaan,aku doakan kau semua berjaya dengan jayanya.Aku cuti belajar lagi.Semester Januari baru aku masuk balik.jadi,kita enjoy dahulu……

16 Comments |Tags: , , , , ,
seperator