
ATM atau auto-teller-machine dicipta untuk memudahkan urusan perbankan.Sekarang semua urusan keluar,masuk duit,masuk cek,pindah wang ke akaun lain, semak baki duit yang ada dan keluarkan rekod transaksi pun boleh dibuat dekat ATM.Hei,kat Malawi,ATM boleh dikeluarkan dengan menggunakan teknologi biometric la..Tapi,kalau kat Malaysia pun amalkan begitu,nescaya lepas nie,akhbar harian asyik keluarkan berita tentang mangsa-mangsa kerat jari di muka depan akhbar mereka.Owh,aku buat entri ni hanya kerana ingin melepaskan amarah aku kepada mereka-mereka yang tidak tahu adab menggunakan ATM yang betul.
- Tolong jangan penuhi ATM dengan kawan-kawan kau.Yang nak keluarkan duit hanya sorang,tapi yang tukang sibuk cukup ramai.Bank hanya benarkan kau keluarkan duit paling maksima pun cuma RM3k sehari.So,aku tak rasa kau perlukan begitu ramai pengawal hanya untuk keluarkan wang berjumlah Rm50 sahaja.Kalau Rm3k pun,aku jamin kau tak perlu berbuat demikian.
- Atm tempat keluar duit,bukan tempat bergurau senda.Yer,pasal perkara inilah yang aku selalu hadapi.Depan atm kau boleh bercucuk-cucuk mesra dengan kekasih dan kawan-kawan kau( perempuan selalunya ).AHAHA…sekali dua,boleh la mencuit hati aku dengan gelagat korang,tapi bila dah masuk sampai 2-3 minit urusan di ATM,cukup memualkan.
- Kalau kau pergi ATM, aku anggap kau dah sedia segalanya.Bukan lah time tu kau nak transfer duit,time tu jugalah kau terhegeh2 nak tanya pasal no akaun la,itu la,ini lah.Lain kali,tanya betul2 dan bila dah pasti,baru kau melangkah ke ATM untuk selesaikan urusan
Aku bukan tak kasi kau dan kau serta kau keluarkan ATM.Aku pun sama dengan kau semua,di cas untuk menggunakan ATM.Tapi silalah beradab.ATM untuk senangkan kerja,bukan buat orang lain beratur berminit2 untuk melihat aksi kau yang tidak elok untuk dilihat.Kalau lama sangat beratur,baik pergi kaunter.Nak aku ajarkan juga cara2 menggunakan segala function di ATM itu ke?


Hari ini mari menghentam surat khabar..Ahaha.Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah perihal surat khabar Malaysia yang semakin membosankan aku.Masa minum pagi dengan rakan-rakan se-ofis aku,kitorang membaca akhbar Harian Metro.Muka depan berkisarkan Seorang Pakcik Membuat Video Lucah. Cukup menarik minat pembaca-pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang berita yang cuba disampakan itu.Tapi,bila kawan aku berkata “ISK,ape da tajuk macam nie..Tulis besar2 untuk menarik perhatian orang ramai.Tak pikir ker mak bapak nak beli akhbar ni terpaksa memikir berkali-kali sebab frontpage dia je.” Aku pelik gak ape kes mamat nie. Beliau berkata demikian kerana beliau mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah.Kalau anak-anak yang belum reti membaca, xper la.Tapi,untuk anak-anak yang sudah reti membaca, timbul sedikit kegusaran.Yerla, anak-anak zaman sekarang nie dah moden.Mempunyai Henset sendiri.Ada kad memori lagi.Takut bila membaca laporan akhbar itu,mereka akan cuba mencari di internet cerita tersebut.
Sejak dua menjak ni,aku rasa bosan membaca akhbar.Banyak cerita tentang hal-hal yang pada aku mengarut.Hanya untuk melariskan akhbar sahaja.Aku paham, ini cara mereka untuk melariskan akhbar mereka.Tapi,janganlah papar hal-hal ini dekat muka depan.Untuk meletak cerita korang kat muka depan,harga yang perlu dibayar amat mahal.Jadi,dengan membuat cerita-cerita yang pada aku sia-sia,cukup rugi rasanya.Bila selak lagi helaian,cerita orang rogol orang..Kes khalwat.Kalau dalam kolum artis lagi la meluat.Cam ci sahaja..
Owh…ini hati aku yang berkata.jari aku yang menaip.Aku tidak membuat sebarang fitnah terhadap kau Metro.Aku cuma cuba memberi pandangan yang membina.Jangan kau tuduh aku cuba membuat fitnah dan membawa kes ini ke mahkamah.Aku pembeli produk kau setiap hari (opis aku yang langgan bersama-sama akhbar lain jugak).Jadi anggaplah ini sebagai costumer complaint.Hahahaha…
KaU,KAU,KAU TAK BOSAN KE DENGAN SITUASI INI?
/ps:vclip yang dibuat oleh pakcik itu bertajuk budak jolai.Sesape ade?


Pernah terlibat dalam memecahkan rekod dunia?Mari la terlibat sama dalam memecahkan Guinness World Record anjuran Firefox.Mereka akan melepaskan versi baru Firefox mereka tidak lama lagi.Dengan penggunaan yang ramai terhadap browser mereka sekarang,mereka pasti dapat memecahkan rekod dunia.Owh,ini bukan iklan berbayar cuma satu pengumuman sahaja kerana aku pengguna browser firefox.Oleh itu,ini adalah salah satu cara aku untuk berterima kasih kepada pihak mereka kerana telah memberi aku satu platform yang baru dan bagus untuk melungusuri internet daripada menggunakan IE.Ahahha..Aku benci IE.Browser IE kurap corrupt amat tidak secure pada waktu dulu.Sekarang?Aku tidak tahu sebab memang tidak sentuh sehinggakan bila aku guna PC rakan aku,aku siap tanya “Wei,mana browser nak gi internet?”..walhal logo IE terpampang gah di skrin.Ahha..JOm sertai Cipta Rekod DUNIA…
http://www.spreadfirefox.com/en-US/worldrecord
Kali ni aku menulis tentang komik.Kau peminat komik? Tidak? Kalau kau tonton filem spiderman,batman,superman,ko die hard fan untuk citer iron man,dan semua filem fiksyen yang pihak pawagam import dari luar negara,aku tetap anggap korang peminat komik.Sebab semua watak berlandaskan cerita asal dari komik. Bagi aku,komik ada dalam perjalanan hidup aku buat masa ini. Dari komik yang datangnya dari seberang,yang dilukis oleh Stan Lee,hingga ke Komik yang dilukis oleh Kartunis Ujang.Kecil dahulu,aku selalu membaca komik Budak Kampung oleh Dato’ Lat, Aku Budak Minang ( sedey dowh citer nie ) oleh Kartunis Ujang dan ntah bermacam majalah lagi ( Gila-Gila,Gelagat).
Pernah gak aku bercita-cita untuk menjadi pelukis , tapi bakat yang ada tidak cukup untuk aku berjaya.Ahaha..Sebab itu sekarang aku kurang gemar seni yang berunsurkan Audio . Aku lebih gemar kepada seni berunsurkan visual seperti seni fotografi , seni lukisan . Ahaha,sekarang aku kemaruk untuk belajar Photoshop secara ekstrem.Aku donlot bermacam-macam tutorial dari dunia alam maya nie,dan aku akan kongsi kan kepada kau dan semua sedikit masa lagi.Tunggu.
Kau minat baca komik?Aku kasi kau baca komik free dari internet.Hasil karya Tarakucha iaitu Saga . Masyuk gak membaca.Dan nikmatilah hasil karya beliau dan juga rakan-rakan beliau. Aku tau pun dari Pergh.com..

Posted on May 23, 2008 in:
News
Malaysia telah kalah dalam kes tuntutan terhadap Kedaulatan Pulau Batu Puteh.Pulau Batu Puteh telah menjadi hak milik kepada negara Singapura,manakala Malaysia mendapat ‘MIddle Rock,dan South Ledge.Aku cuba berikan kronologi yang terjadi dengan kes tuntutan ini.
1980 - Singapura membantah kepada kerajaan Malaysia kerana meletakkan Pulau Batu Puteh dalam peta MALAYSIA.
1993-Singapura menuntut hak keatas Middle Rock dan South Ledge
1994-Singapura dan Malaysia setuju unutk membawa tuntutan ke Mahkamah Keadilan Dunia ( ICJ )
2003- Singapura dan Malaysia bersetuju untuk menyerahkan segalanya kepada keputusan ICJ dalam satu Special Agreement
November 2007 - Pendengaran kes tuntutan Pulau Batu Puteh didengarkan.Didengar oleh 16 hakim dan dipengerusikan oleh Naib Presiden ICJ Awn Shawkat Al-Khasawneh
Mei 2008 - ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah hak milik Singapura,Middle Rock hak milik Malaysia dan South Ledge adalah milik kepada kerajaan dimana perairan ia berada.
Fakta : Pulau batu puteh 14.3km dari Johor dan 46.3km dari Singapura
Keputusan rasmi untuk keluaran akhbar boleh dapat disini/press release : Result
Kronologi Tuntutan Pulau Batu Puteh / Chronology of Pulau Batu Puteh case of concerning sovereignity : Here/Disini
Ah..mula-mula mereka jajah pulau batu puteh..lepas tu perairan selat melaka.lepas tuh gelang patah..skang nie dah banyak pemaju menjual rumah kepada orang singapura.Rakyat malaysia diberi rumah kos rendah.Mereka naikkan harga kerana kuasa membeli ditangan warga seberang itu…SHILAKE


credit utk pengambil gambar
Korang ade yang minat politik?Yang teringin menjadi politikus?EKKEKE…Politik malaysia makin carca merba.Aku suka dengan apa yang Tun Dr Mahathir kata “Dulu orang sanjung saya,skang orang hentam maki saya”.Itu lah keadaan dunia yang sebenar ,Tun,bila kita berkuasa,ramai hurung kita,bila kita dah turun,semua lari dari kita.Orang yang berkuasa ni ibarat manisnya gula.Masa gula bersepah atas lantai,semut bukan main banyak lagi nak hurung.Bila gula sudah habis disedut tanpa saki baki,semut pun hilang.Diorang akan kata”tak amik port la”..
Hehei,aku bukan ahli seumur hidup parti pembangkang.Aku cuma malu melihat parti pemerintah yang tak putus-putus dengan kontroversi.Dari memekak ,press sana,press sini….kutuk orang sana,kutuk orang sendiri,lagi baik cari penyelesaian tentang kemelut yang dihadapi.
Penasihat PKR ada sebut yang mereka sedang menarik sebahagian ahli parlimen dari pihak kerajaan.Jika 35 orang YB Parlimen masuk parti Pembangkang,kerajaan BN akan lupus.Heh.Kepada mereka yang hendak lompat parti itu,aku nak beritahu satu perkara.KAU,KAU,KAU,KAU yang lompat parti itu tidak akan kemana-mana.Jangan jadi macam seorang YB dari Kelantan.Masuk banyak parti hanya kerana hendak bertanding.Alasan,parti terdahulu tidak menepati selera dan tak masuk dengan diri beliau.Pigidah.Apa yang kau dapat sekarang wahai YB.
Dari korang semua berbalah,baik korang pikir nak naikkan martabat bangsa sendiri.Dari berantakan,cuba pulihkan agar bangsa masih lagi berpijak dibumi nyata.JANGAN SIA_SIAKAN UNDI AKU WAHAI WAKIL RAKYAT.
Politik itu kelakar kan!!!!Setuju je lah dengan aku

Posted on May 16, 2008 in:
News

Ada baca akhbar hari nie?Aku cuma membaca Metro dan Kosmos.Tajuk muka depan berkisarkan tentang Kebenaran dari 3 isteri sedia ada untuk berkahwin kali ke-4. Sambil membaca aku berpikir,untung la si suami ni.Orang lain punya susah nak mintak tambah lagi 1, dia senang-senang mendapat persetujuan dari isteri yang lain untuk kahwin.Bila dipanggil ke Mahkamah, ketiga-tiga isteri sepakat setuju benarkan laki mereka kahwin lagi.Macam-macam hal la rakyat Malaysia.Mintak cerai pasal rumah tiada eletrik pun dapat front page akhbar,izinkan kahwin lagi pun dapat front page gak.Hebat laki nie.Dengan gaji RM1500 sebulan,dia boleh kahwin 3,siap nak tambah satu lagi tuh..Dasat la lu bro.Anak-anak dah bukan boleh wat satu team bola sepak jer,siap boleh jadikan pengurus pasukan,tukang urut,jurulatih penjaga gol dan pengadil perlawanan.
So,kepada korang,yer korang yang membaca ( termasuk aku si thu-kang tulis) , jangan kita malu dengan gaji kita.Jangan kita pening dengan gaji kita.Kalau korang masuk meminang,bila ditanya “cukup ke gaji tu nak tanggung anak saya” ,korang boleh la selamba menjawab..”ala pakcik,makcik…orang kerja bawak lori pun boleh kahwin 3!!”..
berita Penuh metro | Kosmos
Pelik akhbar hari nie,berita macam ni nak kecah lelebih.Muka depan plak tuh..

Posted on May 15, 2008 in:
News
Kali ni post aku berkisarkan sebahagian cerita yang dibaca di blog penulis lain.Kebanyakkan yang aku baca mempunyai kisah yang sama iaitu Kisah Tentang Kursus Penulisan Blog Di UITM.
Pendapat aku? Blog adalah tempat untuk menyatakan pendapat masing-masing tanpa perlu prejudis terhadap sesuatu perkara.Tidak memerlukan kelulusan akedemik untuk menyatakan pendapat masing-masing.Asalkan blogger itu tahu tatasusila dalam melayari internet sudah..Walaupun kekadang ada penulis yang memberi kenyataan yang pedas antara satu sama lain, mungkin itu salah satu cara mereka bergurau.
Kata wakil Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM) disini Utusan
Sebab itu, saya melihat cadangan memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog ini suatu cara untuk mengatasi masalah ini. Perlaksanaannya bukan sekadar dilakukan di UiTM bahkan di seluruh universiti dan dijadikan sebagai subjek elektif untuk semua pelajar.Melalui pembelajaran ini secara tidak langsung mutu dan etika penulisan di kalangan blogger muda ini dapat diterapkan dengan baik.Sekiranya ia dijadikan sebagai subjek elektif bagi semua pelajar, sekurang-kurangnya pihak universiti telah membantu mahasiswa celik IT. Hal demikian kerana ramai kalangan mahasiswa di negara masih lagi lemah dari sudut penguasaan IT
Berita sebenar di sini UtusanOnline
Apa Kata Mereka?
SyamsulAriff a.k.a vangardx http://vangardx.net/blog/uitm-kursus-penulisan-blog-blogging-courses-syllabus/
Zool : http://ligakampung.com/blog/2008/05/13/kursus-penulisan-blog/
MohdIsmail : http://www.mohdismail.net/blog/penulisan-blog-101-kursus-baru-uitm/
Hanep : www.hanep.org/archives/2008/05/uitm-to-offer-blogging-course/
p/s:To nuffnang , advertlets and all online advertiser…Hope there will be no requirement to have a Dip or Degree when blogger sign up in your campaign.Jeez~~


Ahaha.Opis aku sudah mendapat surat kasih sayang dari Kementerian Dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Yer Mereka cukup sayang kepada syarikat aku.Korang Jangan jelous.Mereka telah menghantar surat cinta yang menyatakan bahawa pihak mereka sedang membuat jejak kasihan kepada orang ramai dengan melakukan OPS TULEN.Hrm.Bos aku dah abes dah..Dah macam hape.“tu lah,aku dah cakap..jgn asik suruh aku crack ajer,kan dah menggelabah”.Heh.Sebenarnya,opis kitorang xder la guna crack banyak sangat.Dulu memang ada beli MSOffice untuk 30pc.Masalahnya,Cert itu sudah hilang.Nak taknak,terpakasa aku install openoffice dulu.heh.Tak tau la staff lain tahu guna ke tidak.Lantak la..Aku lepas diri.Aku install,aku dah orait.
KORANG GUNA ORI KE CAP LOWYAT nyer?
Posted on May 10, 2008 in:
Sport


Euro 2008 will be held at 2 countries, Austria and Poland from June 7th to June 29th of this year.There will be 16 teams in the tournament which were devided into 4th group.
Group A : Switzeerland;Czech Rep;Portugal;Turkey
Group B :Austria,Crotia,Germany,Poland
Group CNeitherland,Italy,Romania.France
Group D :Greece,Sweeden,Spain,Russia
More Info? Here
-OK balik ke bahasa Melayu-
Bulan Jun ni bakal menjadikan tokey mamak dan warung 24jam yang lain untung besar.Mereka hanya perlu keluar modal untuk skrin dan projektor.Konfirm la ramai orang berpusu-pusu tonton.Kalau siaran EPL jer dah boleh buat meja penuh,inikan pulak untuk Euro..4 tahun sekali.Dan,para-para pekerja bahagian Sumber Manusia,ANDA perlu bertolak ansur dalam hal ini.PLease…Aku pasti,ramai staff mereka yang kan memberi pelbagai alasan untuk kelewatan mereka…Jadi kepada para PENJAGA MALAM ini,sila pastikan anda mendapat rehat sepenuhnya untuk menghadapi detik-detik cemas dari pasukanpilhan anda.
AKu pilih HOlland!!Anda bagaimana?-Aku sokong untuk bola,tidak sokong barang buatan mereka.Jangan hentam aku
